Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Ikat Tie Tali Leher Mudah: Panduan Video Lengkap Beserta Jenis Tie Untuk Temuduga & Kerjaya

0 1,946

Nak belajar tak cara ikat tali leher yang betul? atau, belajar ikat tali leher cara mudah.

Untuk makluman, sebenarnya terdapat banyak cara untuk mengikat tali leher. Ada yang mudah dan ada juga yang kompleks. Cara mengikat tali leher ini berbeza mengikut situasi dan keadaan.

Kebiasaannya tali leher dipakai oleh para pekerja profesional, pelajar sekolah rendah/ menengah atau digayakan dalam situasi-situasi formal seperti menghadiri sesi temuduga kerja, mesyuarat dan majlis korporat.

Material yang digunakan untuk menghasilkan tali leher kebiasaannya terdiri daripada sutera atau poliester yang memiliki warna dan corak tertentu. Antara jenis tali leher adalah skinny tie, bowtie, western bowtie, bolo tie dan ascot. Kesemua tali leher ini berbeza dari segi rekaannya, cara pemakaiannya serta kesesuaian situasi untuk digayakan bersama padanan baju yang sesuai.

Untuk memakai tali leher, seseorang individu perlu mengikatnya dengan cara yang betul agar kelihatan kemas dan rapi.

Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali leher dengan mudah yang dapat dipelajari oleh semua kaum lelaki terutamanya yang biasa memakai tali leher saban hari.

Di bawah merupakan Panduan Cara Ikat Tie Tali Leher Mudah: Panduan Video Lengkap Beserta Jenis Tie Untuk Temuduga & Kerjaya. Semoga bermanfaat untuk anda.

CARA IKAT TALI LEHER TIE MUDAH & BETUL (SEKOLAH, TEMUDUGA ATAU KERJA)

Semua perkara susah akan menjadi mudah sekiranya dipelajari dan didalami. Begitu juga cara mengikat tali leher. Berikut merupakan beberapa cara mengikat tali leher yang mudah untuk dipelajari dan difahami

PANDUAN MENGIKAT TALI LEHER

Terdapat empat teknik mengikat tali leher yang asas iaitu:
 Four In Hand
cara-ikat-tie-four-in-hand-knot-01
  • Four in Hand merupakan ikatan tali leher yang paling popular
  • Ia juga merupakan ikatan paling mudah
  • Simpulan bersaiz kecil dan tidak simetri
  • Sesuai untuk jenis pemakaian smart casual 
  • Digalakkan untuk kolar berbentuk tajam dan mempunyai bukaan rapat serta kolar jenis berbutang (button-down)
Video panduan ikatan Tie Four in Hand:
 Pratt/Shelby Knot
cara-ikat-tie-pratt-knot-01
  • Ikatan ini juga dikenali sebagai Shelby atau Pratt Knot
  • Ia merupakan cara ikatan lama yang sesuai untuk pemakaian formal, bisnes casual atau casual
  •  Simpulannya simetri dan bersaiz kecil
  • Digalakkan untuk kolar bersaiz kecil dan berbentuk tajam
Video panduan ikatan Shell /Pratt:
 Windsor/Full Windsor
cara-ikat-tie-full-windsor-knot-01-700x575
  • Menghasilkan ikatan yang rapi dan simetri
  • Simpulannya yang berbentuk segitiga bersaiz besar sesuai untuk kolar yang memiliki bukaan lebar
  • Untuk pemakaian yang betul, tali leher yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 4 cm (1.6 inci) lebih panjang daripada tali leher konvensional biasa
  • Ikatan ini sesuai untuk acara-acara rasmi yang sangat formal seperti mesyuarat bersama individu berkepentingan
  • Gunakan tali leher yang mempunyai tona warna gelap dan corak yang tidak begitu menyerlah dengan ikatan gaya ini
Video panduan ikatan Windsor/Full Windsor:
 Half Windsor
cara-ikat-tie-half-windsor-knot-01
  • Salah satu ikatan tali leher yang popular
  • Ikatannya simetri, seimbang dan sesuai untuk kebanyakan acara profesional
  • Simpulannya bersaiz sederhana dan sesuai untuk kolar yang mempunyai bukaan sederhana lebar
  • Lebih besar daripada ikatan four in hand tetapi lebih kecil daripada full windsor
Video panduan ikatan Half Windsor:

TEKNIK LAIN UNTUK MENGIKAT TALI LEHER

Bagi yang ingin mencuba atau mempelajari cara-cara mengikat tali leher selain daripada empat cara di atas, berikut dikongsikan langkah-langkahnya:
 Kelvin Knot
Oriental Knot
 Nicky Knot
 Victoria Knot
 Cafe Knot

TIPS PEMAKAIAN & PEMILIHAN TALI LEHER

Berikut dikongsikan tips dan panduan pemakaian serta pemilihan tali leher yang betul:
Kepanjangan Tali Leher
Hujung tali leher yang dipakai mestilah betul-betul berada di atas kepala talipinggang (belt buckle) seperti dalam gambar tengah untuk cara pemakaian yang betul. Jika tidak, rujuk tips berikut untuk penyelesaiannya:
Terlebih Pendek Lebihkan hujung tali leher yang lebar ke bawah semasa mengikat tali leher
Gunakan ikatan Four-in-Hand kerana ikatan tersebut hanya menggunakan sebahagian kecil tali leher untuk menghasikan simpulannya
Terlebih Panjang Lebihkan hujung tali leher yang kurang lebar/tirus ke bawah semasa mengikat tali leher tersebut
Gunakan ikatan Windsor kerana ikatan tersebut menggunakan sebahagian besar tali leher untuk menghasikan simpulannya
Saiz Tali Leher Yang Betul

Lebar

3 inci hingga 3.75 inci (7.5 cm hingga 9.5 cm) untuk pemakai bersaiz sederhana
Panjang Bergantung kepada pemakai. Panjangnya mestilah cukup untuk menyentuh kepala talipinggang selepas diikat
Saiz Tali Leher Berpandukan Saiz Tubuh Badan

Tubuh Besar/Lebar

Gunakan tali leher yang mempunyai kelebaran yang besar
Tubuh Kecil/Kurus Gunakan tali leher yang kurang lebar seperti skinny tie
Ikatan Yang Sesuai Mengikut Kolar 

Bukaan Kolar Kurang Lebar Atau Berbutang

Gunakan ikatan Four-in-Hand
Bukaan Kolar Sederhana Lebar Gunakan ikatan Half-Windsor

Bukaan Kolar Lebar

Gunakan ikatan Windsor
Padanan Tali Leher Dan Baju

Baju Kosong + Tali Leher Kosong

Pilih tali leher berwarna lebih gelap berbanding baju (walaupun warna sama)
Baju Bercorak + Tali Leher Kosong Pilih tali leher yang berwarna sama dengan salah satu warna dalam corak baju yang dipakai atau pilih warna yang dominan

Baju Bercorak + Tali Leher Bercorak

Pilih tali leher bercorak lain berbanding corak baju atau mempunyai nisbah serta saiz corak yang berlainan

JENIS-JENIS TALI LEHER

Terdapat pelbagai jenis tali leher yang boleh disesuaikan untuk acara dan situasi yang berbeza-beza. Antaranya adalah:
Jenis Tali Leher
 Tali Leher Tradisional
👉Merupakan tali leher standard yang paling biasa dipakai. Sesuai untuk kebanyakan jenis pakaian formal dan keraian rasmi
 Skinny Tie
👉Secara umumnya tali leher skinny atau skinny tie adalah sama dengan tali leher traditional melainkan saiznya yang lebih tirus dan kurang lebar berbanding tali leher traditional. Ia sering digunakan oleh golongan muda dan sesuai untuk menjadikan suatu-suatu persalinan pakaian itu lebih bergaya
 Bowtie
👉Bowtie adalah sejenis reben yang diperbuat daripada fabrik yang diikat di keliling kolar. Ia biasa dipakai dengan tuksedo dan baju berkolar pendek
 Western Bowtie
👉Western Bowtie terkenal sebagai tali leher yang dipakai oleh Colonel Sanders, pengasas KFC dan sangat jarang dipakai oleh orang lain. Namun begitu, ia kelihatan menarik dan sesuai dipakai dengan persalinan sut
 Ascot Tie
👉Tali leher Ascot, atau dikenali sebagai Ascot sahaja berasal daripada pakaian keturunan orang British dan terkenal sebagai pakaian tradisi dalam resam perkahwinan orang British dan orang Scottish
 Bolo Tie
👉Bolo Tie merupakan tali leher yang paling berbeza berbanding tali leher yang lain. Secara asasnya, bolo tie adalah seutas tali yang diperbuat daripada apa-apa bahan atau material, yang mempunyai sejenis perhiasan logam di tengah-tengahnya. Bolo tie sering dapat dilihat dalam persalinan pakaian koboi
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...