Berikut dikongsikan cara mandi wajib atau mandi junub yang betul mengikut JAKIM.
Mandi adalah mengalirkan air suci mensucikan ke seluruh tubuh. Dasar hukumnya adalah firman Allah:
“… dan jika kamu junub maka mandilah” (QS Al Maidah: 6)
Mandi wajib atau mandi junub adalah diwajibkan bagi seorang muslim untuk membersihkan diri dari hadas besar .
Seorang muslim yang belum mandi wajib tidak boleh mengerjakan solat.
Sebab-Sebab Mandi Wajib
Isi Kandungan
Antara sebab kenapa perlu mandi wajib ialah:
- Keluar mani
- Bersetubuh
- Selepas haid / nifas
- Ketika orang kafir masuk Islam
- Kematian
Mandi wajib tak semestinya mandi lama. Biar cepat, mudah dan ringkas asalkan mandian itu sempurna. Tatacara mandi wajib ini dikongsikan oleh JAKIM untuk lelaki dan perempuan.
Baca juga: Cara Membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN
Cara Mandi Wajib
Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan Rasullah SAW.
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim) - Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Video Ceramah Cara Mandi Wajib
Anda juga boleh menonton video Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang betul untuk lelaki dan perempuan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.