Cara Memohon Kemasukan Ke USM Sesi 2020

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di negara ini yang mempunyai kebitaraan Sains. Namun, kursus-kursus lain turut ditawarkan di universiti ini selain daripada Sains.

Pelbagai program pengajian ditawarkan di USM termasuklah Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Ijazah Sarjana Muda dan lain-lain. Jadi, buat anda semua yang berminat untuk meneruskan pengajian di USM bolehlah mengemukakan permohonan.

Baca juga: Permohonan UPU Online Sesi 2020/2021

Pelbagai program pengajian ditawarkan di USM termasuklah Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Ijazah Sarjana Muda dan lain-lain. Jadi, buat anda semua yang berminat untuk meneruskan pengajian di USM bolehlah mengemukakan permohonan.

Untuk makluman anda, tarikh permohonan bagi kemasukan ke USM telah pun dibuka. Jadi, sekiranya anda berminat bolehlah mula memohon segera. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Memohon Kemasukan Ke USM Bagi Sesi 2020 sebagai panduan buat anda dan juga bagi memudahkan urusan permohonan anda.

TEMPOH PERMOHONAN BAGI SETIAP PROGRAM PENGAJIAN DI USM

Seperti yang telah dimaklumkan, tarikh permohonan telahpun dibuka bagi semua program pengajian. Namun, tarikh akhir memohon bagi setiap program pengajian adalah berbeza.

Jadi, anda perlulah peka dengan tempoh memohon ini supaya tidak terlepas peluang dalam membuat permohonan. Berikut merupakan program pengajian yang ditawarkan di USM serta tempoh memohonnya.

1.) Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa)

Permohonan bagi bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) untuk Program Saluran Alternatif bagi sesi 2020/2021 telah dibuka. Anda boleh memohoh program ini bermula tarikh 15 Januari 2020 hingga 15 April 2020. Namun, program ini hanya layak dipohon oleh kategori-kategori berikut:

  • Kemasukan khas
  • Saluran kedua
  • Warga budaya     
  • Warga Sukan     
  • Warga emas

Nota : Yuran proses permohonan adalah RM 60 dimana calon perlu membeli No. PIN USM ALTERNATIF dari Bank Simpanan Nasional (BSN)

2.) Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Tempoh permohonan bagi Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) USM adalah bermula dari tarikh 15 Januari 2020 hingga 15 April 2020. Untuk memohon, anda perlu membeli NO. PIN USM PJJ dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM60.

3.) Program Diploma Kejururawatan

Tarikh permohonan Program Diploma Kejururawatan USM Sidang Akademik 2020/2021 dibuka pada 12 Februari 2020. Permohonan boleh dilakukan bermula dari tarikh ini sehinggalah 15 April 2020.

Program Diploma Kejururawatan USM adalah salah satu program profesional yang berkaitan Sains Kesihatan. Program ini memberi fokus bukan sahaja kepada pendidikan akademik tetapi juga latihan klinikal bagi melatih pelajar dalam menyediakan jururawat berkualiti buat negara.

Untuk makluman anda juga, program ini hanya terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Untuk mengemukakan permohonan, anda perlulah membeli No. PIN USM JURURAWAT dari Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM60.

Nota : Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.

MAKLUMAT ASAS BERKAITAN PERMOHONAN USM YANG PERLU ANDA TAHU

Berikut merupakan beberapa maklumat asas yang wajib anda tahu berkaitan dengan permohonan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM). Segala arahan dan maklumat ini perlulah anda patuhi. Berikut merupakan maklumat tersebut:

  • Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.           
  • Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web.         
  • Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN USM

Cara memohon kemasukan ke USM mudah sahaja. Anda hanya perlu mengemukakan permohonan menerusi laman web rasmi USM. Kami akan sediakan link di bawah. Berikut merupakan cara-caranya:

1.) Beli no pin di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan. Anda haruslah memastikan no pin anda itu berkaitan dengan program pengajian anda.

2.) Layari laman web rasmi USM dan gunakan no pin anda sebagai password. Anda boleh mula mengemukakan permohonan sebaik berjaya log in. Berikut adalah laman web rasmi USM.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN USM

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan USM, anda bolehlah menghubungi talian-talian berikut.

1.) Telefon: 1 300 888 876
2.) Email: [email protected]

3.) Alamat:

PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM, PULAU PINANG

Kami berharap semoga artikel Cara Memohon Kemasukan Ke USM Bagi Sesi 2020 sedikit-sebanyak membantu anda dalam mengemukakan permohonan. Semoga berjaya kami doakan buat anda!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.