Cara Memohon MyHome, Skim Perumahan Untuk Pekerja Swasta Dengan Insentif Sehingga RM30,000 Setiap Unit Rumah

Buat pekerja sektor swasta yang belum memiliki rumah sendiri, anda tidak perlu risau. Ada berita baik untuk anda. Selain daripada memperuntukkan bantuan rumah mampu milik buat pekerja sektor kerajaan, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga turut prihatin terhadap nasib golongan pekerja swasta.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Skim MyHome iaitu skim perumahan untuk pekerja-pekerja sektor swasta ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada tarikh 25 Oktober 2013 yang lalu.

Cara Memohon Skim MyHome, Skim Perumahan mampu Milik Untuk Pekerja Swasta

Skim ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap semua rakyat Malaysia bukan sahaja rakyat yang bekerja dalam sektor kerajaan tetapi juga dalam sektor swasta. Dalam skim ini, kerajaan telah menyediakan insentif sehingga RM30,000 bagi setiap unit rumah yang ingin dibeli.

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan Skim MyHome ini adalah untuk menggalakkan pekerja sektor swasta untuk memiliki rumah sendiri. Sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan kerajaan untuk membina sebanyak 10,000 buah rumah mampu milik di seluruh negara pada tahun 2015.

CIRI-CIRI RUMAH YANG DITAWARKAN SKIM MyHOME

Kerajaan telah menyediakan rumah-rumah di bawah Skim MyHome dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Untuk ciri-ciri lain, anda boleh rujuk jadual di bawah:

cara memohon skim MyHome untuk Pekerja Swasta

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM MyHOME

Sebelum mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh KPKT ini. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan satu unit rumah untuk setiap isi rumah
  • Pendapatan isi rumah perlu mengikut ketetapan pendapatan isi rumah bagi MyHome 1 dan MyHome 2.

Untuk pengetahuan anda, setiap permohonan akan disemak oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT serta Wakil Pemaju Perumahan Berkaitan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN UNTUK MEMOHON SKIM MyHOME

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (jika berkenaan)
  • Salinan Kad OKU/Surat Pengesahan OKU (jika berkaitan)
  • Salinan Surat akaun sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Salinan penyata KWSP dan salinan cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (jika berkenaan)
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran/MyKid
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SKIM MyHOME

Untuk mengemukakan permohonan, anda boleh boleh ikut cara berikut:

1.) Anda perlu layari laman web rasmi KPKT. Sila tekan link di bawah:

Laman web KPKT: https://sprn.kpkt.gov.my/

MyHome1

2.) Sila daftar akaun sebelum memohon. tekan link berikut:

https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

myhome 2

 

3.) Setelah memiliki akaun, anda perlu log masuk untuk memohon. Tekan link berikut

https://sprn.kpkt.gov.my/user

myhome 3

4.) Kembali semula pada Paparan Utama, Klik Projek MyHome

MyHome 5

5.) Isi borang permohonan dengan lengkap dan tekan Hantar.

MyHome 6

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN MyHOME

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan MyHome, anda boleh berhubung dengan pihak KPKT melalui senarai-senarai di bawah:

  • Telefon: 03- 8000 8000
  • Alamat: Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
  • Emel: [email protected]
  • Laman web rasmi: https://sprn.kpkt.gov.my/

MyHome1

Bagi pekerja swasta yang berhasrat untuk memiliki rumah pertama sendiri, janganlah lepaskan peluang ini, Segeralah mohon Skim MyHome ini. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.