Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Menyemak Panggilan Temuduga MyBrain15 Tahun 2018

0 1,350

MyBrain15 merupakan inisiatif daripada kerajaan yang berbentuk biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master dan PhD.

Sebelum ini, pihak kami ada berkongsi tentang Cara-cara Mengemukakan Permohonan Biasiswa MyBrain15 Secara Online. Semoga artikel tersebut menjadi panduan lengkap buat anda memohon biasiswa MyBrain15.

Bagi anda yang mengemukakan permohonan, sukacitanya dimaklumkan bahawa anda kini boleh menyemak panggilan temuduga secara online di portal rasmi MyBrain15. Anda dinasihatkan untuk menyemak segera status panggilan temuduga bagi MyBrain15 ini kerana bimbang anda terlepas temuduga.

Bagaimana untuk menyemak? Jangan risau! Dalam artikel ini, anda akan diberi bimbingan untuk menyemak keputusan panggilan temuduga MyBrain15 tahun 2018. Namun, anda perlulah menyemak segera kerana proses semakan ini ada tarikh tutupnya.

TARIKH TUTUP SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA MYBRAIN15 TAHUN 2018

Terdapat tarikh tutup untuk anda menyemak status panggilan temuduga anda. Jadi, anda perlulah menyemak sebelum atau pada tarikh tersebut. Jika lambat semak, anda akan terlepas daripada dipanggil temuduga. Berikut merupakan tarikh tutup semakan panggilan temuduga MyBrain15 tahun 2018.

  • Tarikh tutup semakan panggilan temuduga: 30 April 2018

CARA MENYEMAK PANGGILAN TEMUDUGA MyBRAIN15 TAHUN 2018

Untuk menyemak panggilan temuduga MyBrain15 yang telah anda mohon, sila turuti langkah-langkah berikut.

1.) Layari portal rasmi MyBrain15. Klik link berikut. https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/

2.) Log in akaun pengguna yang telah anda daftar semasa memohon dahulu.

3.) Klik pada Semakan Kelayakan Temuduga Program Biasiswa MyBrain15 Tahun 2018 untuk menyemak status panggilan temuduga anda.
mybrain1FAEDAH YANG DIPEROLEH DARIPADA PROGRAM BIASISWA MyBRAIN15

Berikut merupakan faedah yang akan peroleh daripada program biasiswa MyBrain15 ini.

  • Menyambung pelajaran dalam Master atau PhD di mana-mana universiti awam atau IPTS bertaraf 5 bintang dalam rating SETARA.
  • Mendapat elaun pengajian. Jumlah elauan pengajian adalah seperti berikut:
    mybrain2

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA MyBRAIN15 TAHUN 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan semakan panggilan temuduga MyBrain15 bagi tahun 2018, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga portal rasmi MyBrain15.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada anda yang berjaya dipanggil untuk temuduga. Pastikan anda membuat yang terbaik dalam temuduga tersebut.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...