Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM450 Bakal Diterima Oleh Setiap Ibu Yang Melahirkan Anak. Lihat Cara Permohonan Disini

3,960

RM450 BAKAL DITERIMA OLEH SETIAP IBU YANG MELAHIRKAN ANAK. LIHAT CARA PERMOHONAN DISINI

Jika anda seorang ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020 atau melahirkan anak bermula pada 1 Januari 2020, anda boleh menerima Bantuan Ibu Bersalian (BIB) sebanyak RM450.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 lalu.
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Ibu Bersalin ini diteruskan lagi pada tahun 2021 dan anda boleh membaut permohonan sekiranya layak. Jangan lupa, buat semakan dan sediakan dokumen seperti yang dinyatakan untuk membuat permohonan.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN

Untuk permohonan BIB, anda boleh memohon secara online :

  • Online melalui pautan ini : PERMOHONAN BIB 2021
  • Isikan dahulu emel anda dan klik NEXT untuk proses seterusnya dan isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
  • Dapatkan borang Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK yang berdekatan dengan anda.

Seterusnya, hantarkan borang permohonan anda di :

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk pemohon bagi bantuan BIB :

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

RM450 Bakal Diterima Oleh Setiap Ibu Yang Melahirkan Anak. Lihat Cara Permohonan Disini

PERINGATAN & MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Pemohon juga diingatkan dengan beberapa maklumat tambahan seperti :

  • Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
  • Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual.
  • Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Insentif Ibu Bersalin, sila hubungi Urusetia di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...