iSinar: Tak Lulus Kategori 1? Ini Cara Mohon Kategori 2 Dengan Dokumen Sokongan

4 Januari 2021 merupakan tarikh penting yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kerana pemohon pengeluaran iSinar bagi kategori 1 boleh membuat semakan sama ada lulus atau gagal.

Namun, mereka yang gagal boleh membuat permohonan di bawah iSinar kategori 2 dan tarikh untuk permohonan kategori 2 adalah bermula 11 Januari 2021 dan ingat, tempoh untuk permohonan adalah selama 6 bulan. Jika anda layak dalam kategori 1, anda masih lagi berpeluang untuk membuat permohonan iSinar mulai sekarang.

Ingin dapatkan cara permohonan iSinar bagi kategori 2 pula? Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan pengeluaran iSinar kategori 2.

TARIKH PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Pemohon bagi mereka yang tidak lulus bagi kategori 1 dan ingin membuat permohonan bagi kategori 2, anda boleh berbuat demikian secara online bermula:

  • 11 Januari 2021

iSinar: Tak Lulus Kategori 1? Ini Cara Mohon Bagi Kategori 2 & Ikuti Langkah-Langkah Permohonan Disini

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Syarat kelayakan untuk permohonan iSinar kategori 2 ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

DOKUMEN SOKONGAN PENGELUARAN iSINAR KATEGORI 2

Untuk makluman anda, bagi permohonan pengeluaran iSinar kategori 2, terdapat beberapa dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan terjejas kerana ia adalah syarat wajib untuk membuat permohonan.

Ini menunjukkan bahawa anda benar-benar memerlukan bantuan iSinar dengan mengemukakan dokumen sokongan ini sebagai bukti kukuh ketika mengemukakan permohonan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli seperti berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan

Selain daripada dokumen di atas, anda juga boleh mengemukakan dokumen berikut sebagai bukti pendapatan anda terjejas:

  • Notis diberhentikan kerja daripada majikan
  • Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
  • Notis potongan gaji daripada majikan
  • Notis potongan elaun daripada majikan
  • Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
  • Penyata akaun perniagaan / laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
  • Surat akaun pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)

Dapatkan dokumen-dokumen ini daripada majikan di tempat kerja anda dan kemukakan ketika membuat permohonan iSinar kategori 2.

Untuk info selanjutnya berkaitan dokumen sokongan permohonan iSinar kategori 2, anda juga boleh terus rujuk pautan berikut:

LANGKAH PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2

Langkah permohonan iSinar bagi kategori 2 adalah seperti berikut:

iSinar: Tak Lulus Kategori 1? Ini Cara Mohon Kategori 2 & Ikuti Langkah-Langkah Permohonan Disini

SEMAKAN STATUS & BAYARAN iSINAR KATEGORI 2

Bagi permohonan iSinar kategori 2, status permohonan dan bayaran adalah seperti berikut:

  • Status permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  • Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan anda diluluskan.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Cara pembayaran adalah secara kredit terus ke akaun bank anda seperti yang didaftarkan.

SEMAKAN AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN iSINAR

Anda boleh membuat semakan amaun kelayakan pengeluaran iSinar seperti berikut:

iSinar: Tak Lulus Kategori 1? Ini Cara Mohon Kategori 2 & Ikuti Langkah-Langkah Permohonan Disini

Bagi mereka yang belum mengaktifkan iAkaun KWSP, anda boleh aktifkan dengan segera dan mudah sahaja dimana-mana kiosk KWSP yang terdekat seperti yang dinyatakan dipautan berikut:

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.