Untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi ambilan 2022.
Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SMKPK, SMKPV dan KV Keningau adalah secara online sahaja.
Jika berminat, anda boleh buat permohonan disini sahaja dan melalui pautan yang dikongsikan disini.
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
Isi Kandungan
Ibu bapa dan penjaga anak-anak boleh membuat permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SMKPK, SMKPV dan KV Keningau mulai:
- 1 November 2021
Dan permohonan MBK akan ditutup pada:
- 31 Disember 2021
6 KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat 6 jenis kategori Murid Berkeperluan Khas seperti di bawah:
JENIS SEKOLAH MBK
Antara sekolah-sekolah Murid Berkeperluan Khas (MBK) ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:
TINGKATAN 1 & 4 (AKADEMIK)
- SMKPK Setapak
- SMKPK Persekutuan Pulau Pinang
TINGKATAN 4 (VOKASIONAL)
- SMPKV Shah Alam
- SMPKV Kuantan
- SMPKV Indahpura
- SMPKV Merbok
- Kolej Vokasional Keningau
TINGKATAN 4 (PROGRAM VOKASIONAL MENENGAH ATAS (PVMA))
- SMKPK Persekutuan Pulau Pinang
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu melalui:
- Sistem online ePKHAS
- Melalui pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2022, anda boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:
- Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2022 Dibuka! Mohon Di Pautan Ini
Hebahkan info ini kepada yang lain ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.