Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Pegawai Bomba Bantuan Sebanyak RM8 Sejam & Ini Cara Mohon

2,329

Tahukah anda bahawa elaun Pegawai Bomba Bantuan telah dinaikkan pada tahun 2021 yang lalu?

Elaun bagi Pegawai Bomba Bantuan ini dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dengan peruntukan sebanyak RM11 juta setahun.

Jika anda berminat untuk membuat permohonan sebagai Pegawai Bomba Bantuan, dapatkan info seterusnya melalui artikel ini.

INFO RINGKAS PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.

Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dalam usaha memperluaskan skop tugasan anggota bomba bantuan yang dapat melancarkan operasi ketika dijalankan.

Skop kerja mereka sebelum ini hanya terhad kepada menghadiri operasi pemadaman kebakaran bersama pasukan bomba sepenuh masa dan diperluaskan dengan melaksanakan tugas-tugas selain pemadaman kebakaran antaranya bertugas di bilik kawalan, dan juga akan diturunkan dalam operasi menyelamat.

JUMLAH ELAUN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Elaun yang bakal diterima oleh Pegawai Bomba Bantuan, adalah sebanyak:

  • RM8/jam

Elaun Pegawai Bomba Bantuan Sebanyak RM8 Sejam & Ini Cara Mohon

SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah

PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah mengikut negeri yang membuat pengambilan seperti berikut:

Pulau Pinang

Perak

Terengganu

Elaun Pegawai Bomba Bantuan Sebanyak RM8 Sejam & Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Pegawai Bomba Bantuan di pautan berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...