Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

6,713

Bolehkah mohon pengeluaran wang RM10,000 i-Sinar KWSP secara online? Ya, pastinya anda boleh membuat permohonan i-Sinar KWSP secara online kerana pihak KWSP telah meminta para pencarumnya untuk mengemaskini nombor telefon yang aktif agar memudahkan proses permohonan pengeluaran wang RM10,000 i-Sinar KWSP.

Ini adalah kerana nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon tersebut. Jadi, sila kemaskini nombor telefon anda dengan segera melalui i-Akaun KWSP yang telah anda daftar sebelum ini.

Seperti yang sedia maklum, tarikh untuk permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah pada:

  • 21 Disember 2020

Manakala tarikh untuk kredit wang i-Sinar KWSP adalah pada:

  • Pertengahan Januari 2021

Jumlah pengeluaran maksimum i-Sinar KWSP Akaun 1 yang dibenarkan ialah sebanyak:

  • RM10,000

KONSEP PENTING PENGELUARAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

Konsep pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM10,000.
  • Tunjukkan bukti pendapatan terjejas untuk layak mohon i-Sinar.
  • Mengemaskini i-Akaun KWSP bagi memudahkan proses permohonan i-SINAR.
  • Permohonan i-Sinar digalakkan dilakukan secara atas talian.
  • Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM10,000,anda juga layak.
  • Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak.

Anda boleh membuat permohonan pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP melalui kaedah seperti yang dikongsikan ini.

Bagi yang belum membuat pendaftaran i-Akaun, rujuk grafik berikut:

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP

Anda juga boleh membuat permohonan pengeluaran iSinar melalui portal khas yang dibangunkan untuk kemudahan ahli membuat pengeluaran secara online dan caranya ialah:

  • Klik ke : iSinar KWSP
  • Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  • Tekan TERUSKAN
  • Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  • Tetapkan AMAUN PILIHAN
  • Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
  • Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
  • Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
  • Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
  • Permohonan anda diterima dan akan diproses.

NOTA:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan (Kategori 1)
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021

Update: Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

CARA PEMBAYARAN i-SINAR

Cara pembayaran i-Sinar kepada pemohon yang berjaya adalah:

  • Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  • Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  • Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

Antara syarat terbaru pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 ialah:

  • Ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
  • Ahli semua sektor yang terjejas teruk juga layak membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1.
  • Terbuka kepada ahli yang mencarum secara aktif atau tidak.
Nota: Syarat umum yang seterusnya dan lebih terperinci boleh dapatkan di: https://kini.my/isinar-kwsp-2-kategori-ahli-layak-mohon/
Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...