Cara Mohon Shell Graduate Programme: Peluang Kerjaya Graduan Di Shell

Berikut merupakan langkah mudah untuk memohon Program Shell Graduate Programme khasnya untuk graduan bina kerjaya bersama SHELL. Anda boleh terus ikuti langkah-langkah yang telah dikongsikan.

Shell Graduate Programme atau Program Siswazah Shell adalah satu rangkakerja pembangunan yang membolehkan graduan baru menjadi profesional Shell bebas sepenuhnya dalam masa 2 hingga 5 tahun.

Di Shell, graduan baharu bakal mempunyai akses kepada pelbagai peranan yang tidak dapat ditandingi dan peluang latihan dan pembangunan bertaraf dunia termasuk Pembangunan Kemahiran Kepimpinan, Rangkaian, Latihan dan Perhubungan Mentor Kurikulum pembelajaran (latihan,modul e-pembelajaran, akreditasi).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Program pembangunan 2 hingga 5 tahun yang disesuaikan dengan kawasan pilihan anda
  • Cabaran dan tanggungjawab besar dari kemasukan pertama anda ke dalam industri
  • Program pembangunan berstruktur, bernilai tinggi di seluruh industri
  • Bekerja dengan industri yang bertaraf global serta menangani cabaran global yang ketara
  • Fleksibiliti dan keseimbangan kehidupan-kerja

SYARAT KELAYAKAN

Lepasan graduan yang memenuhi kriteria berikut adalah digalakkan untuk memohon:

  • Mempunyai sifat kepimpinan dan boleh bekerja dalam pasukan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penyampaian yang tinggi
  • Mempunyai kebenaran kerja yang sah di Malaysia
  • Memiliki Ijazah (Sarjana Muda, Sarjana atau PhD) dari bidang tertentu

BIDANG YANG DITAWARKAN

Graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau PhD dalam bidang berikut adalah layak memohon:

  • Iklan
  • Jualan & Pemasaran
  • Perniagaan  Antarabangsa
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pengurusan
  • Sumber Manusia
  • Teknikal
  • Geofizik
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Mekanikal / mekatronik
  • Kejuruteraan
  • Kejuruteraan Petroleum
  • Geosains Petroleum
  • Geosains Petroleum
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kimia Terpakai / kimia

Shell akan memadankan graduan dengan bidang tertentu berdasarkan kemahiran masing-masing. Jadi graduan yang ingin memohon tidak perlu memilih jawatan tertentu. Namun, sekiranya graduan berminat dengan bidang tertentu, graduan boleh menyatakan minat tersebut dalam permohonan.

CARA MOHON

Graduan yang memenuhi kriteria di atas dan berminat dengan program yang ditawarkan boleh membuat pendaftaran / permohonan program secara online dengan mengisi borang di pautan berikut:

Anda diminta untuk muat naik resume dan isi maklumat yang diperlukan, Setelah selesai, klik SUBMIT.

Pihak Shell telah memaklumkan bahawa proses permohonan mungkin akan memakan masa yang panjang berikutan dengan penularan wabak Covid-19 di negara.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.