Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)

3,892

Dah 5 tahun bekerja dalam sektor awam atau kerja dengan kerajaan tapi masih lagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Adakah kerana gaji terlalu kecil atau tidak tahu cara yang betul untuk membeli rumah mampu milik yang disediakan oleh pihak Kerajaan?

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk penjawat awam memiliki kediaman sendiri tanpa mengira jumlah gaji. Antaranya ialah melalui Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

PPAM telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2013 dan ia menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan difokuskan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Malah Skim PPAM ini memberikan peluang kepada kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah serta sederhana untuk membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit.

TUJUAN SKIM PPAM

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan Skim PPAM untuk membantu penjawat awam khususnya golongan muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Malah ia menekankan kepada keselesaan dari aspek berikut :

  • Saiz rumah
  • Rekabentuk
  • Kualiti
  • Lokasi
  • Harga rumah yang bersesuaian

CARA PERMOHONAN SKIM PPAM

Untuk membuat permohonan Skim PPAM, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1 PENDAFTARAN

Daftar akaun anda di pauatan https://www.ppam.gov.my dan anda akan mendapat notifikasi kata laluan melalui emel anda.

2 PELANCARAN

Anda juga boleh melihat pelancaran projek-projek terbaru PPAM dan pilih lokasi yang anda mahukan.

3 PERMOHONAN

Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan.

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)

4 PILIHAN PROJEK

Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda. Juga semak kelayakan pinjaman dengan LPPSA  / bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah yang anda mahukan.

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)

5 PENGUNDIAN

Cawangan PPAM akan membuat pengundian mengikut kaedah yang sedia digunakan.

6 PENAWARAN

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan paparan di dalam website PPAM.

7 PERJANJIAN JUAL BELI

Anda dikehendaki meniliti kandungan perjanjian jual & beli rumah (SPA) sebelum menandatangani SPA tersebut.

8 PEMBIAYAAN

Anda dikehendaki menguruskan  permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan (LPPSA / lain-lain) atau bank komersil dan perlu mendapatkan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli.

9 PENYERAHAN KUNCI

Sebaik sahaja projek mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan CCC, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PPAM.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Pemohon lengkapkan borang profil dan permohonan dan muat naik dokumen berikut bersama permohonan anda :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM

Semua kakitangan awam berikut layak membuat permohonan Skim PPAM :

  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri
  • Pihak Berkuasa Negeri / Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri

SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM

Antara syarat umum kelayakan permohonan Skim PPAM ini ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat awam
  • Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
  • Boleh memohon lebih dari satu projek
  • Moratorium selama 10 tahun

SEMAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM

Anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut :

SEMAKAN PERMOHONAN

Cara Mohon Skim Perumahan Mampu Milik Penjawat Awam (PPAM)

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda, masukkan kata laluan dan klik SEMAK STATUS.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk info selanjutnya mengenai Skim PPAM sila hubungi di saluran berikut :

Telefon : 03-8000 8000

Faks : 03-8891 5588

Emel : [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...