Skim Rumah Pertamaku (SRP): Cara Mohon Pembiayaan Sehingga 110% Untuk Pemilikan Rumah Pertama
Dalam belanjawan 2011 yang lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif pemilikan rumah pertama melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP) atau “My First Home Scheme”. Ia bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan bulanan isi rumah sehingga RM10,000 untuk mendapatkan rumah pertama masing-masing.
Kini, semua rakyat Malaysia yang layak boleh mendapat bantuan dengan membuat permohonan Skim Rumah Pertamaku 2020. Skim ini membenarkan pembeli mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada institusi kewangan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU
Isi Kandungan
Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Rumah Pertamaku adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja.
- Mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun.
- Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak melebihi RM10,000 sebulan berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak melebihi daripada RM5,000 bagi setiap peminjam.
- Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat (yang mana lebih rendah).
JENIS KEDIAMAN YANG LAYAK
Jenis kediaman yang layak bagi permohonan Skim Rumah Pertamaku ialah :
- Rumah / kediaman / hartanah yang terletak dalam Malaysia
- Nilai minimum hartanah mestilah berjumlah RM100,000.
- Nilai maksimum hartanah mestilah berjumlah RM400,000.
- Mestilah didiami oleh pemilik iaitu pembeli sendiri mesti menghuni kediaman tersebut.
KEPERLUAN PEMBIAYAAN SKIM RUMAH PERTAMA
- Tempoh pembiayaan mestilah tidak melebihi 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
- Tempoh pembiayaan maksimum yang di semak semula ini adalah selaras dengan keputusan Bank Negara Malaysia yang telah diumumkan pada julai 2013.
- Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran).
- Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap.
- Insurans / takaful kebakaran adalah diwajibkan.
BANK YANG TERLIBAT SKIM RUMAH PERTAMAKU
Anda yang berminat untuk memohon Skim Rumah Pertamaku, sila buat permohonan di cawangan bank yang terlibat seperti berikut :
- Affinbank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- CIMB Islamic
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- OCBC Bank
- OCBC Al-Amin
- Public Bank
- Public Islamic Bank
- RHB
- RHB Islamic Bank
- Standard Chartered
- Standard Chartered Saadiq
- UOB
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU
Untuk membuat permohonan :
- Hadir ke salah satu cawangan bank seperti yang disenaraikan.
- Bank tersebut akan terus memproses dan meluluskan pembiayaan berdasarkan kelayakan Skim dan piawaian penajajamin dan kredit bank masing-masing yang perlu mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan pembiayaan dari masa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Rumah Pertamaku, sila hubungi bank yang terlibat seperti berikut :
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.