Pemohon baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan BSH boleh membuat permohonan mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 dan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Malah tarikh ini boleh digunapakai bagi mereka yang ingin membuat pengemaskinian maklumat pada BPR 2021.
Baca juga: Tarikh Daftar Baru BPR Bujang 23 Januari 2021. Semak Kelayakan Di Sini
Mengikut kenyataan oleh LHDN, pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BPR 2021
Isi Kandungan
Syarat kelayakan adalah mengikut kategori iaitu:
ISI RUMAH
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaku atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR . MyKAS)
- Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja.
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan:
– 17 tahun dan ke bawah
– 18 tahun dan ke atas bagi yang mash belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi / Swasta
BUJANG
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BPR 2021
Bagi anda yang ingin membuat permohonan dan membuat kemaskini maklumat BPR 2021, ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:
- Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Jika belum daftar, klik DAFTAR AKAUN terlebih dahulu.
- Kemudian klik PERMOHONAN BARU.
- Isikan maklumat yang diperlukan secara online dan muat naik dokumen yang diperlukan ATAU
- Download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN yang terdekat dengan anda ATAU
- Hadir ke Pejabat Cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan UTC LHDN bersama borang permohonan yang telah diisi.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021
Sekiranya permohonan berjaya dan diluluskan oleh LHDNM, wang bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun anda bermula:
- Fasa 1: Hujung Februari 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari laman web LHDN di http://www.hasil.gov.my/.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.