Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pembiayaan Motor Melalui Tekun Mobilepreneur 3.0 (Untuk Rider)

5,133

Tekun Mobilepreneur 3.0 merupakan kesinambungan daripada program sebelum ini dan ianya adalah satu inisiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan  serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lepas.

Ia juga adalah pembiayaan modal kepada usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal. Jadi, pembiayaan ini disediakan dengan tujuan :

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan dan syaratnya ialah :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India).
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah (bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan).
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah (bagi permohonan membeli motosikal)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyirkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberikan keutamaan.

JUMLAH PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 3.0

Jumlah pembiayaan adalah di antara RM1,000 sehingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut :

Cara Mohon Motor PERCUMA Melalui Tekun Mobilepreneur 3.0

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan TEKUN Mobileprenenur, anda perlu :

  • Anda perlu merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan atau download sahaja disini.
  • Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh didapati di link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Cara Mohon Motor PERCUMA Melalui Tekun Mobilepreneur 3.0

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Sertakan bersama dokumen berikut ketika membuat permohonan. Dokumen tersebut ialah :

Cara Mohon Motor PERCUMA Melalui Tekun Mobilepreneur 3.0

TEMPOH PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 3.0

Tempoh pembiayaan adalah seperti berikut :

Cara Mohon Motor PERCUMA Melalui Tekun Mobilepreneur 3.0

BORANG PERMOHONAN TEKUN MOBILEPRENEUR 3.0

Berminat?Dapatkan borang permohonan TEKUN Mobilepreneur, disini

DOWNLOAD BORANG DISINI

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi TEKUN melalui saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...