Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Yang Sedap Di Rumah Guna 3 Bahan Aje

0 1,589

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang trending tentang Dalgona Coffee bukan?

Ya lah, banyak masa terluang di rumah ketika ini ramai yang cuba membuat Dalgona Coffee sendiri.

Salah seorangnya adalah Aishah Rosli. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian ini.

Cara buat Dalgona Coffee

Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah

Jom buat Dalgona coffee  yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahan air ni tak manis.

Bahan-bahan Nak Buat Dalgona Coffee:

  • 1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
  • 1 sudu gula 1 sudu (ikut cita rasa) t
  • Air panas sikit
  • Susu segar
  • Ais (jika suka)

Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Yang Sedap Di Rumah

Cara membuat (video):

  • Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. Kalau nak cepat, guna je mixer.
  • Kemudian masukkan ais dalam gelas, tuang susu segar.
  • Kemudian letak coffee yg dah kembang atas sekali (buat macam topping)
  • Siap!. Kacau dulu then minum!
  • Topping ini boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.

Cara Mudah Buat Dalgona Coffee Yang Sedap Di Rumah

(Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa. Saya suka pahit pahit. So letak sikit je gula).

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...