Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mudah Semak Baki Hutang Loan AEON Di Rumah

6,592

Membeli apa-apa saja barang dan kenderaan pada masa kini sangat mudah. Jika anda tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli barang atau kenderaan, anda boleh membuat pinjaman. Malahan, urusan untuk meminjam juga dipermudahkan dengan banyaknya syarikat pinjaman seperti AEON Credit.

Sama seperti pinjaman bank, anda sudah pasti terikat dengan kontrak dan syarat yang dikenakan untuk urusan bayaran balik pinjaman.

Bayaran balik pinjaman akan dilakukan setiap bulan dan sudah pastinya anda ingin tahu berapakah jumlah baki yang masih ada.

Anda boleh menyemak baki pinjaman anda dirumah sahaja iaitu secara SMS dan Online.

Jika anda tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menyemak dengan menggunakan aplikasi ini, sila lihat cara untuk membuat semakan seperti berikut.

Cara Semakan Melalui SMS

Anda hanya perlu ikut langkah-langkah ini sahaja.

Langkah 1

Buka bahagian aplikasi SMS / Messaging di telefon anda. Masuk ke mesej baru,

sms kosong

Langkah 2

Taip kod ringkas seperti yang ditetapkan oleh AEON Credit.

AEON<jarak>[keyword]<jarak>1234 (4 digit terakhir nombor kad pengenalan anda) hantar ke 63633

Contoh : AEON CCSTS 1234 hantar ke 63633

semak sms

Berikut adalah panduan keywords bagi :

Pertanyaan Kad Kredit

  • AEON CCSTS 1234 : Status Permohonan
  • AEON CCBAL 1234 :  Baki Tertunggak
  • AEON CCMIN 1234 : Jumlah Bayaran Minimum
  • AEON CCAVA 1234 : Had Tersedia
  • AEON CCACT 5678**1234* Pengaktifan Kad

Nota : **5678 : 4 digit terakhir nombor kad kredit
*1234  : 4 digit terakhir kad pengenalan atau passport.

Pertanyaan Pembiayaan Peribadi

  • AEON STS 1234 : Status Permohonan
  • AEON BAKI 1234 : Baki Tertunggak
  • AEON BAYAR 1234 : Jumlah Pembayaran
  • AEON AKHIR 1234 : Tarikh Pembayaran Akhir

Kadar Dan Caj Yang Dikenakan

  • Caj Normal: RM0.15 setiap SMS diterima
  • Kadar SMS standard akan dikenakan untuk setiap SMS yang tidak berjaya diterima
  • Kadar SMS standard adalah berdasarkan kepada pembekal rangkaian

Cara Semakan Melalui Online

Anda juga boleh membuat semakan melalui link :

Bagi anda yang sudah mendaftar, anda boleh terus login masuk ke akaun anda melalui pautan ini.

Manakala bagi yang belum pernah mendaftar, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan diingatkan kepada anda, kad pengenalan anda diperlukan untuk butiran pendaftaran

reister aeon

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang soalan mengenai AEON Credit, anda boleh menelefon di :

  •  AEON Credit : 0 3-2719 9999

Semoga dengan perkongsian ini, anda boleh menyemak baki pinjaman anda melalui SMS dan Online tanpa perlu ke kaunter AEON Credit lagi.

Sumber :

  • AEON Credit
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...