Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mudah Tukar Resume Dalam Bentuk Word Ke PDF

3,565

Resume telah siap dan telah disemak. Anda berpuas hati dan akan menghantar resume anda melalui emel. Kebiasaannya, resume di simpan dalam bentuk Word. Tetapi tahukah anda, anda boleh emel resume anda di dalam bentuk PDF?

Mengapa dalam bentuk PDF dan bagaimana untuk tukar resume daripada bentuk Word ke PDF? Anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini untuk menukar resume daripada bentuk Word ke PDF.

Resume PDF

Resume PDF adalah resume biasa dimana ianya ditukar daripda bentuk Word ke PDF sahaja. Sesetengah majikan akan meminta anda untuk menghantar resume melalui emel dengan menggunakan bentuk PDF.

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda menghantar resume dalam bentuk PDF iaitu :

Tidak ada kata atau frasa yang ditanda

Apabila disimpan di dalam bentuk PDF, resume yang dibuka dan dibaca tidak akan ditanda dengan garisan merah atau pembetulaan ejaan atau tatabahasa. Jadi tidak ada gangguan ketika membaca resume berbanding menggunakan format Word.

Tidak ada perubahan format 

Resume akan tersusun rapi dan formatnya tidak akan berubah walaupun satu patah perkataan atau garisan yang ada di dalam resume anda berbanding Word kerana terdapat sistem yang tidak sama ketika membuka fail di dalam bentuk Word.

PDF tidak dapat diubah

Apabila resume di simpan di dalam bentuk PDF, resume tersebut tidak dapat diubah dengan sengaja atau tidak sengaja. Jadi, bakal majikan anda dapat melihat kekemasan hasil kerja anda berdasarkan resume yang telah dihantar kepadanya. Pastikan resume anda tiada sebarang kesalahan ejaan atau tatabahasa sebelum ditukar ke bentuk PDF.

PDF bebas virus

Jika menghantar resume anda melalui emel, digalakkan menghantar di dalam bentuk PDF kerana format fail ini kurang terdedah kepada virus.

pdf

Cara Memilih Bentuk Fail

Terdapat banyak faedah sekiranya anda  menghantar resume di dalam bentuk PDF. Untuk memastikan format yang dikehendaki bakal majikan sila dapatkan kepastian melalui :

  • Baca iklan jawatan dengan teliti kerana terdapat maklumat mengenai bentuk resume yang telah ditentukan oleh bakal majikan.
  • Mengikut jenis fail yang telah ditetapkan, terutamanya permohonan menggunakan aplikasi tertentu.
  • Sekiranya tiada arahan tetap, anda boleh menghubungi syarikat tersebut untuk bertanyakan format yang mereka kehendaki.
  • Fikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk membuat pilihan sebelum menghantar resume anda. Gunakan format yang terbaik dan selamat untuk menghantar resume.

Bilakah Resume PDF Digunakan?

Ianya akan digunakan apabila :

  • Diminta oleh bakal majikan. Baca arahan dengan teliti disetiap arahan permohonan jawatan yang telah ditetapkan.
  • Menghantar resume melalui emel. Ini dapat mengelakkan emel anda dihantar ke bahagian spam dan ianya merupakan cara mudah emel anda terus dihantar ke bahagian inbox bakal majikan anda.
  • Sebagai lampiran permohonan melalui aplikasi atas talian atau permohonan secara online. Apabila resume anda disimpan di dalam bentuk PDF, secara automatik resume anda dapat dibaca dengan mudah.

Pelbagai Bentuk Resume

Terdapat juga beberapa situasi yang memerlukan setiap resume dihantar di dalam bentuk yang berbeza selain daripada bentuk PDF. Antaranya ialah :

  • Microsoft Word
  • Google Document
  • Resume Online

Microsoft Word

Terdapat majikan yang akan meminta anda untuk menghantar resume dalam bentuk Word kerana memudahkannya untuk membuka sebarang dokumen mengikut keselesaannya.

Pilihan majikan

Majikan mungkin meminta resume anda dalam bentuk Word kerana mudah dibuka di mana-mana sahaja. Oleh itu,pastikan anda menghantarnya dalam bentuk fail .doc dan bukannya fail .docx, kerana dikhuatiri fail tersebut tidak dapat dibuka kerana sistem tersebut adalah sistem yang lama.

Memuat naik ke sistem pemohonan

Automatik Transfer Switch (ATS), adalah jenis program yang akan mengimbas resume anda untuk mendapatkan kata kunci dan data tertentu. Namun ATS tidak dapat mengimbas PDF dengan tepat. Oleh itu, gunakan format seperti Word supaya ATS dapat mengimbas maklumat anda.

Google Document

Google Docs menawarkan bentuk fail yang mudah kerana dapat dilihat dalam talian dan di mana sahaja. Anda boleh berkongsi dokumen secara read-only dan dokumen tersebut tidak dapat diubah oleh sesiapa. Namun begitu, anda masih boleh membuat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan.

Resume Online

Pilihan lain adalah membuat resume secara online. Anda boleh membuat resume yang kreatif dan menarik. Seperti Google, anda juga boleh mengemas kini resume anda walaupun anda telah menghantarnya dan memastikan bakal majikan melihat versi terbaru resume anda.

Kelebihan yang lain, majikan dapat mencari anda walaupun anda belum memohon pekerjaan dengan syarikat mereka. Anda berpotensi untuk dihubungi oleh bakal majikan untuk menawarkan peluang pekerjaan.

Cara Membuat Resume PDF

Berikut terdapat langkah-langkah untuk anda menukar resume dalam pelbagai bentuk dokumen ke bentuk PDF.

 Microsoft Word

Langkah-langkahnya ialah :

  • Klik pada File.
  • Klik Save As.
  • Klik pada menu Drop-Down di sebelah Format File.
  • Pilih PDF dari menu.
  • Klik Save.
  • Resume PDF yang baru anda buat akan disimpan dalam folder yang sama dengan versi asal.

microsoft word

Google Document

Langkah-langkahnya ialah :

  • Klik pada File.
  • Klik Download.
  • Apabila menu muncul, pilih PDF Document.
  • Versi resume PDF  anda akan muncul dalam folder muat turun di komputer anda.

google doc

Mac

Langkah-langkahnya ialah :

  • Buka fail resume dalam format mana sahaja yang disimpan.
  • Pilih File dari bar menu.
  • Pilih Print dari menu .
  • Pilih menu Drop-Down di sudut kiri bawah.
  • Pilih PDF dari menu Drop-Down.
  • Versi PDF akan disimpan dalam folder yang sama di mana fail resume anda sekarang disimpan.

mac

Tips Memastikan Resume Dihantar Dalam Format Betul

Berikut adalah beberapa tips untuk memastikan anda memilih format resume yang betul dan terbaik untuk dihantar.

Periksa semula arahan permohonan

Sentiasa membaca maklumat dengan teliti. Kebiasannya bakal majikan akan menyatakan bentuk dokumen yang perlu dihantar kepada mereka dibahagian maklumat permohonan.

Simpan beberapa format yang ada

Untuk memudahkan anda, buat resume dalam pelbagai bentuk yang ada dan simpan di dalam satu folder. Anda boleh memilih bentuk mana yang akan digunakan mengikut yang dikehendaki tanpa perlu membuang masa untuk menukar bentuk dokumen berulang kali.

Buat pilihan yang terbaik

Anda boleh menentukan sendiri format yang sesuai untuk dihantar sekiranya bakal majikan tidak meletakkan dibahagian maklumat permohonan. Sebagai contoh, jika anda membuat permohonan melalui aplikasi dalam talian, pilihan paling selamat anda ialah menggunakan Word. Walau bagaimanapun, jika anda menghantar resume melalui emel, bentuk PDF merupakan pilihan yang terbaik.

Mesra ATS

Buat resume versi ringkas tanpa format yang rumit untuk digunakan untuk aplikasi dalam talian iaitu menggunakan Microsoft Word. Walau bagaimanapun, simpan resume dalam bentuk yang lain supaya anda mudah untuk menghantarnya terus sekiranya diminta oleh bakal majikan.

objektif

Untuk menyiapkan resume dalam apa jua bentuk yang dikehendaki oleh bakal majikan bukanlah satu perkara yang rumit sekiranya anda tahu cara untuk menyelesaikannya. Apa jua pilihan anda, pastikan ianya dapat dibaca dan difahami oleh majikan anda. Baca dengan teliti apakah kehendak majikan dan ikuti arahan yang telah diberikan.

Semoga perkongsian ini membantu anda. Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...