Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Renew Roadtax & Insurans Kereta Secara Online Melalui MyEG

0 4,551

Kepada anda yang tak tahu macam mana cara renew roadtax & insurans online, berikut dikongsikan tutorial khas untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan (kereta & motosikal) melalui portal MyEG.

MyEG Services Berhad (“MYEG”) merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (“MSC”) Aplikasi Elektronik Kerajaan (“E-Kerajaan”) Malaysia.

MYEG membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

Pastikan anda baca juga: Cara Membuat Semakan Saman Trafik, AES, JPJ Secara Online

Antara perkhidmatan yang ditawarkan MyEG termasuklah:

Menjadi kebiasaan sebelum anda renew roadtax, pastikan anda renew insurans terlebih dahulu. Anda boleh renew insurans dan roadtax terus di MyEG. Atau beli insurans di tempat lain kemudian renew roadtax melalui MyEG.

Cara Renew Insurans Online

Berikut dikongsikan cara mudah untuk anda renew insurans takaful di MyEG.

1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/

cara renew roadtax online

2. Daftar Sebagai Pengguna

Sebelum membolehkan anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di MyEG, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dahulu. Kemudian sediakan beberapa dokumen berikut:

  • Nombor Pendaftaran Kenderaan dan No Kad Pengenalan
  • Jenis Kenderaan
  • Kapasiti enjin
  • Tahun dibuat
  • Nilai perlindungan
  • Cermin tingkap (pilihan)

3. Login Ke Dalam Sistem MyEG

Selepas mendaftar sila login ke dalam sistem MyEG menggunakan username dan password yang telah didaftarkan.

Kemudian klik icon JPJ seperti dalam gambar di bawah:

4. Klik pada butang butang Auto Insurance Renewal/Baharui Auto Insuran.

5. Pilih Insurans

Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.

Bagi orang Islam, digalakkan untuk ambil takaful untuk elakkan riba.

Kalau insurans atau takaful kereta yang anda gunakan sebelum ini tidak ada dalam MyEG ini, tidak ada masalah pun untuk bertukar ke syarikat lain.

Mungkin kos akan berbeza, tetapi jangan bimbang, Non Claim Discount (NCD) masih sama.

6. Isi Maklumat Insurans

Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).

Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.

Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

Anda juga boleh memilih manfaat perlindungan tambahan yang dikehendaki seperti perlindungan cermin (windscreen, window & sunroof), bencana dan aksesori. Harga yang perlu dibayar turut dipaparkan.

Selepas liberalisasi perlindungan insurans takaful kenderaan pada Julai 2017 yang lalu, beberapa maklumat perlu diberikan semasa memperbaharui insurans takaful kereta, contohnya:

  • tempat kereta diletakkan pada waktu malam
  • ciri-ciri keselamatan seperti bilangan airbag
  • sistem dan peralatan anti-kecurian seperti penggera (alarm), kunci dan immobilizer
  • tabiat memandu, sejarah saman

Semua maklumat ini akan diambil kira dalam pengiraan harga insurans takaful kereta dan boleh mempengaruhi harga yang perlu dibayar nanti.

Kalau nak isi maklumat yang salah atau tipu, nanti apabila nak buat tuntutan, takut tak diluluskan pula.

Jadi, isilah sahaja maklumat yang diminta sejujur dan setepat yang mungkin.

Salah satu kelebihan ambil takaful kereta daripada Takaful Malaysia adalah pelanggan akan mendapat semula pulangan tunai (cashback) atau rebat jika tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Jadi, sebab itulah pihak Takaful Malaysia meminta maklumat nombor akaun bank supaya nanti pulangan tunai dapat diberikan.

7. Sahkan Sebut Harga

Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan.

Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.

Kalau nak dapatkan lagi sebutharga daripada syarikat insurans takaful lain, boleh sahaja kalau tak buat bayaran lagi.

Ulang balik semua langkah di atas dengan memilih syarikat yang lain, dan bandingkanlah harga antara semuanya.

Apabila dah berpuas hati, pilih yang terbaik dan buat bayaran.

8. Pembayaran

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

9. Download Cover Note Insurans

Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

Selepas selesai renew insurans takaful, barulah anda boleh teruskan renew roadtax di MyEG.

Cara Renew Roadtax Online

1. Pilih Roadtax Renewal

Jika anda masih login, terus klik pada icon JPJ dan pilih Roadtax Renewal.

2. Isi Semua Maklumat

Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

3. Pilih Cara Penghantaran

Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

Ingat, ada kos penghantaran kalau pilih nak dihantar ke alamat pilihan, boleh lihat pada gambar di atas.

Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.

4. Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.

5. Pembayaran

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.

Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit.

Sekarang, cuma perlu tunggu road tax sampai sahaja.

Selalunya proses penghantaran cuma mengambil masa 1-2 hari sahaja. Staff MyEG akan hantar menaiki motosikal ke rumah anda (bergantung kepada penghantaran yang anda pilih tadi).

Kredit artikel kepada blog Jom Urus Duit

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...