Bagi anda yang mempunyai ibu ayah tinggal di kampung serta menaiki kenderaan seperti kereta dan motorsikal, anda boleh membuat semakan tarikh tamat tempoh roadtax secara online sahaja seterusnya renew roadtax tersebut buat mereka dengan segera sekiranya telah tamat tempoh.
Walaupun begitu, sepanjang tempoh PKP 2.0 ini Kementerian Pengangkutan telah menyatakan bahawa pembaharuan roadtax dan lesen memandu diberi pengecualian sehingga 31 Mac ini.
Rujuk: Roadtax & Lesen Memandu Diberi Pengecualian Pembaharuan Bemula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021
Bagaimana nak semak roadtax kenderaan ibu ayah di kampung? Rujuk perkongsian ini dan terus buat semakan dengan segera.
2 KAEDAH SEMAK ROADTAX SECARA ONLINE
Isi Kandungan
Terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan roadtax secara online iaitu:
PORTAL JPJ
Untuk membuat semakan tarikh tamat tempoh roadtax kenderaan secara online, anda perlu:
- Klik ORANG AWAM MALAYSIA (MYKAD)
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA pada bahagian No.ID dan masukkan NOMBOR PENDAFTARAN ANDA.
- Masukkan KOD SEKURITI dan klik SEMAK.
- Tarikh tamat tempoh roadtax akan akan dipaparkan.
APLIKASI JPJ INFO
Anda juga boleh membuat semakan roadtax melalui aplikasi JPJ info seperti langkah-langkah berikut:
- Download aplikasi JPJ INFO
- Klik pada LESEN KENDERAAN.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN/MYKAD, klik WARGANEGARA MALAYSIA dan NOMBOR KENDERAAN anda.
- Seterusnya klik HANTAR.
- Skrin akan memaparkan maklumat seperti gambar dibawah untuk rujukan anda.
CARA RENEW ROADTAX SECARA ONLINE
Anda boleh renew roadtax kenderaan mak ayah secara online sahaja melalui Portal mySIKAP.
Dapatkan langkah-langkah renew roadtax secara online melalui pautan berikut:
MAKLUMAT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan semakan dan pembaharuan lesen memandu serta roadtax kenderaan secara online, sila hubungi JPJ yang berdekatan atau:
- http://www.jpj.gov.my/
- http://jpj.spab.gov.my
- 03-8000 8000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.