Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mudah Semak Scammer Online Melalui Bank Data Scammer JSJK PDRM

0 2,171

Selama ini kita hanya didedahkan dengan semakan nombor telefon scammer, namun tahukah anda sebenarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada menyediakan platform semakan akaun bank.

Platform ini antara inisiatif untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian atas talian atau online.

Mudah saja, anda hanya perlu membuat semakan sama ada nombor telefon dan nombor akaun bank tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak polis atau tidak.

Jika nombor akaun ini telah dilaporkan mempunyai kesalahan menipu orang ramai, notis amaran akan dikeluarkan di laman terbabit.

Oleh itu, daripada anda menyemak maklumat scammer daripada laman web yang tidak sah, apa kata anda gunakan platform dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM ini.

Untuk makluman, fungsi JSJK adalah untuk menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan termasuklah kes penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi.

BAGAIMANA SEMAK SCAMMER ONLINE?

Di bawah merupakan cara paling mudah untuk semak scammer secara online.

Untuk makluman, PDRM Bahagian Jenayah Komersil mempunyai bank data yang menyimpan maklumat nombor telefon dan nombor akaun bank ‘scammer’ di Malaysia.

Bank data ini adalah berpandukan kepada laporan polis yang dibuat oleh orang awam kepada pihak PDRM.

Jika terdapat laporan polis ke atas individu ini, notis AMARAN seperti gambar di bawah akan dipamerkan di mana ia akan memberitahu anda bilangan laporan polis yang telah dibuat terhadap individu tersebut.

Semakan Scammer Menggunakan No Telefon

  • Untuk membuat semakan sila ke laman berikut http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  • Dari menu pilihan sila pilih drop down Kategori: No Telefon
  • Masukkan No Telefon yang anda ingin buat semakan
  • Klik Semak Maklumat
  • Tunggu Hasil Keputusan Semakan Anda

Semakan Scammer Menggunakan No Akaun Bank

Cara Mudah Semak Scammer Online

  • Untuk membuat semakan sila ke laman berikut http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  • Dari menu pilihan sila pilih drop down Kategori: Akaun Bank
  • Masukkan No Akaun Bank yang anda ingin buat semakan
  • Klik Semak Maklumat
  • Tunggu Hasil Keputusan Semakan Anda

Jika terdapat laporan polis ke atas individu ini, notis AMARAN seperti gambar di bawah akan dipamerkan di mana ia akan memberitahu anda bilangan laporan polis yang telah dibuat terhadap individu tersebut.

Cara Mudah Semak Scammer Online

Dengan akses-akses ini, diharap ia dapat membantu orang awam dalam mengurangkan risiko ditipu terutamanya dalam urusan membabitkan atas talian (online).

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...