Cara Tukar Format Dokumen PDF, WORD, PPT, JPG, EXCEL Dengan Mudah. Ini Rahsianya.

Tukar Format

Jika kerja seharian anda memerlukan anda menukar format daripda PDF ke Word dan sebagainya pastinya ianya agak merumitkan anda untuk menyiapkan tugasan anda dengan cepat.

Anda perlu convert satu persatu dan ianya benar-benar mengganggu tugasan anda.

Kini anda boleh menukar semua format seperti PDF, Word, PPT, JPG dan Excel dengan mudah dengan hanya menggunakan PDF Candy sahaja.

Apakah itu PDF Candy?

PDF Candy mempunyai pelbagai fungsi yang berkaitan dengan PDF, termasuklah pertukaran format PDF ke format lain, pertukaran format lain ke PDF, gabung PDF, edit PDF dan sebagainya.

Cara penggunaannya juga sangat mudah. Anda hanya perlu memuat naik dokumen, kemudian memuat turun selepas mengedit dokumen tersebut.

pdf candy

Langkah Penggunaan PD Candy

Berikut adalah 6 langkah penggunaan PDF Candy :

1. Layari PDFCandy

Jika anda ingin menukar format dokumen anda, anda hanya perlu melayari laman ini iaitu :  pdfcandy.com

pdfcandy1

2. Pilih Format Dokumen 

Kemudian anda pilih format dokumen yang anda ingini.

gambar candy 1

3. Klik “+Add File”

Sebelum anda menukar format yang anda kehendaki, sila muat naik dokumen terlebih dahulu dengan memilih format apa yang ingin ditukar kepada format yang baru. Klik + Add File untuk muat turun dokumen anda.

gambar candy 2

4. Pilih Dokumen

Selepas anda klik + Add File, paparan seperti ini akan keluar. Anda boleh pilih dokumen yang anda ingin tukar format samada difail desktop atau difail dokumen.

gambar candy 3

5. Memuat Naik Dokumen (Upload)

Selepas anda klik dokumen yang anda ingin tukar format, ia akan dimuat naik secara automatik. Tunggu sehingga dokumen dimuat naik sehingga selesai.

gambar candy 4

6. Memuat Turun Dokumen Yang Selesai Ditukar Format (Download)

Selepas anda selesai menukar format, anda perlu memuat turun dokumen tersebut dengan klik dibutang Download File seperti dibawah.

download file

Tukar Format Yang Tersedia Di PDF Candy

Berikut adalah dokumen atau format yang anda boleh tukar menggunakan PDF Candy.

Excel Ke PDF

gambar candy 8

PPT Ke PDF

JPG Ke PDF

 

Excel Ke PDF

Word Ke PDF

Sumber :

  • PDF Candy
  • mymedia.my
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.