Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 100% Bantuan Kerajaan

2,548

Bekerja sendiri juga boleh membuat caruman dengan PERKESO melalui SPS Lindung atau Skim Bencana Pekerjaan di bawah strategi Perlindungan Sosial seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Bantuan ini juga merupakan pakej penambahbaikan ke atas inisiatif PenjanaGIG yang sedia ada diberikan kepada kumpulan ini sejak 15 Jun 2020.

Jadi, anda yang bekerja sendiri boleh mendapatkan perlindungan ketika bekerja dengan membuat caruman dengan PERKESO kerana terdapat pelbagai manfaat bakal dinikmati oleh anda nanti.

Baca juga: Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Boleh Tuntut Faedah Insuran Pekerjaan Sehingga 80% Gaji Bulanan. Ini Caranya Buat Tuntutan

TARIKH KUATKUASA CARUMAN SPS LINDUNG

Tarikh kuatkuasa bagi Caruman SPS Lindung ialah:

  • 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
Nota: Perlindungan Orang Bekerja Sendiri (OBS) di bawah SPS Lindung bermula pada tarikh dan masa pendaftaran yang disahkan oleh PERKESO.

GOLONGAN SASARAN INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Golongan sasaran bagi kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang bakal menerima inisiatif caruman SPS Lindung ialah:

  • Kumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang.
  • Delivery Riders di sini merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan
    aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki.

JUMLAH BANTUAN SPS LINDUNG

Jumlah bantuan kerajaan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) melalui SPS Lindung ini ialah:

  • Berbentuk pembiayaan bayaran penuh (100%) caruman SKSPS oleh pihak Kerajaan.

PELAN CARUMAN YANG DISEDIAKAN PERKESO

Terdapat 4 jenis pelan caruman SKSPS PERKESO yang disediakan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) seperti berikut:

PELAN PILIHAN PENDAPATAN DIINSURANSKAN CARUMAN BULANAN CARUMAN TAHUNAN
1 RM1,050 RM13.10 RM157.20
2 RM1,550 RM19.40 RM232.80
3 RM2,950 RM36.90 RM442.80
4 RM3,950 RM49.40 RM592.80
Nota: Pelan caruman yang dibiayai oleh Kerajaan di bawah SPS Lindung adalah pada Pelan Caruman Kedua iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.

SYARAT KELAYAKAN INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Syarat kelayakan Inisiatif Caruman SPS Lindung adalah:

  • Bertaraf warganegara Malaysia / permastautin tetap.
  • Tiada had umur.
  • OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan.
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  • OBS bekerja di Malaysia

MANFAAT INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Manfaat yang bakal diperolehi oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang membuat caruman dengan SPS Lindung ialah:

JENIS FAEDAH MANFAAT
FAEDAH PERUBATAN Bayaran percuma di mana-mana klinik panel PERKESO atau hospital Kerajaan.
FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA (HUS) Bayaran sebanyak RM41.33 sehari iaitu 80% daripada pendapatan bulanan yang diinsuranskan mengikut pelan caruman.
FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL (HUK) Kadar 90% daripada pelan pendapatan yang diinsuranskan dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
FAEDAH ORANG TANGGUNGAN Bayaran sebanyak RM1,395 sebulan sepanjang hayat (90% daripada pendapatan bulanan yang diinsuranskan).
ELAUN LAYANAN SENTIASA Bayaran RM500 sebulan kepada OBS yang tidak berdaya akibat bencana pekerjaan sehingga memerlukan layanan oleh orang lain.
FAEDAH PENGURUSAN MAYAT Bayaran sebanyak RM2,000 kepada orang tanggungan OBS.
FAEDAH PINJAMAN PENDIDIKAN Faedah berbentuk pinjaman kepada anak OBS yang layak.
KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional secara percuma seperti fisioterapi, anggota tiruan, kerusi roda dan kursus / latihan kemahiran.
Nota: Contoh di atas merujuk kepada faedah di bawah pelan caruman RM 232.80.

CARA MEMOHON INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Untuk membuat permohonan Inisiatif Caruman SPS Lindung, anda perlu:

  • Memohon terus ke pejabat PERKESO yang terdekat atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan.
  • Salinan lesen motorsikal.
  • Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.

SEMAKAN KELAYAKAN INISIATIF CARUMAN SPS LINDUNG

Anda boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan seperti berikut:

Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 80% Gaji Bulanan

  • Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara.
  • OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel.

Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 80% Gaji Bulanan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
PERKESO di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...