Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Claim Dengan MIB Kalau Terlanggar Sesuatu Yang Tiada Insurans

1,482

Betul lah! Malang itu tidak berbau.

Sepanjang perjalanan cuaca pun elok dan tiada halangan. Tiba-tiba ada kereta lain melintas jalan dan terlanggar tanpa dapat dielakkan. Apa nak buat? Dah la cedera, nak claim insurans pun tak boleh sebab kenderaan tersebut mana ada insurans!

Takkanlah semuanya nak kena keluarkan duit sendiri untuk perubatan dan kerosakan kereta? Jangan risau, sebab anda boleh je claim semua ni dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).

APA ITU MOTOR INSURES’ BUREAU (MIB)?

Motor Insurers’ Bureau (MIB) merupakan:

  • Satu dana khas yang mana ia berperanan untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang tiada insurans.

MIB juga mendapat wang dari syarikat insurans kerana setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.

Baca juga: 3 Proses Membeli Kenderaan Yang Di Lelong Serta 3 Tips Berkaitan Kos. Ambil Tahu Kalau Nak Beli Kenderaan Lelongan JPJ

SYARAT CLAIM DENGAN MIB

Untuk membuat tuntutan atau claim dengan MIB anda mesti ikuti syarat-syarat yang dikongsikan ini.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
  • MIB tidak terima kes langgar lari. Pemohon mesti tahu nombor plat  kenderaan yang melanggar anda.
  • Tuntutan atau claim mesti dibuat dalam masa 3 tahun kejadian.
  • Beritahu kepada MIB 30 hari sebelum failkan saman sekiranya anda melantik peguam untuk saman kenderaan tersebut.
  • MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income dan kerugian yang lain-lain tidak dibayar oleh MIB.
  • Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Nota: Claim ini hanya valid untuk kemalangan kenderaan dengan kenderaan sahaja tau! Bukan dengan haiwan.

DOKUMEN SOKONGAN

Sekiranya anda jelas dan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh MIB, sediakan dokumen-dokumen ini untuk claim dengan MIB:

  • Surat kepada MIB mengandungi maklumat kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
  • Repot polis dari anda.
  • Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
  • Laporan perubatan.

Seterusnya hantar semua dokumen di atas ke alamat berikut:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Cara Claim Dengan MIB Kalau Terlanggar Sesuatu Yang Tiada Insurans

Mudah rupanya! Selama ini ramai yang tidak tahu boleh claim insurans sekiranya cedera semasa kemalangan dengan kenderaan lain yang tidak mempunyai insurans.

Lepas ini, jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan yang lain! Biar ramai tahu dan kes pun dapat diadili. Tak la perlu keluar duit sepanjang dapatkan rawatan di hospital nanti.

SUMBER

Baca juga: Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...