Contoh Email/Surat Lewat Datang Kerja & Tidak Hadir Kerja. Download Dan Edit Untuk Kegunaan Anda

Jika anda lewat hadir ke tempat kerja atau tidak hadir ke tempat kerja, apa yang anda lakukan? Ada segelintir pekerja yang buat tidak tahu sahaja sekiranya hadir lewat di tempat kerja atau langsung tidak menghadirkan diri untuk bekerja. Ini menunjukkan seolah-olah anda adalah seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional dengan pekerjaan anda.

Bagaimana menjadi seorang pekerja yang bertanggungjawab dan beretika? Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan emelkan atau membuat surat alasan mengapa anda hadir lewat atau tidak hadir untuk bekerja pada hari tersebut.

Dapatkan contoh emel atau surat tunjuk sebab mengapa anda hadir lewat dan tidak hadir melalui perkongsian ini.

PENYEDIAAN SURAT TUNJUK SEBAB HADIR LEWAT / TIDAK HADIR KERJA

Sekiranya anda ingin menyediakan surat tunjuk sebab atau emel kepada Bahagian Sumber Manusia syarikat anda, perkara yang perlu ada dalam surat tersebut ialah :

  • Nama anda
  • Alamat anda
  • Nama Majikan / Pengurus
  • Nama syarikat
  • Alamat syarikat
  • Panggilan
  • Tajuk surat
  • Pendahuluan
  • Isi penting seperti alasan yang kukuh beserta dokumen penting sebagai bukti
  • Penutup surat
  • Tandatangan serta nama anda (nombor pekerja sekiranya perlu)
Nota : Pastikan anda memasukkan ke semua perkara-perkara diatas mengikut format surat formal. Ini kerana surat tunjuk sebab anda akan direkodkan oleh Bahagian Sumber Manusia untuk rekod perkhidmatan anda. Untuk kegunaan emel, simpan dalam file PDF agar format berada dalam keadaan baik jika di cetak.

CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR BEKERJA

Sekiranya anda lewat hadir untuk bekerja, contoh surat sebab lewat hadir adalah seperti berikut :

CONTOH SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR BEKERJA

Bagaimana pula dengan contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja? Formatnya sama seperti surat lewat hadir kerja. Cuma sesuaikan isi kandungannya sahaja. Lihat contoh dibawah.

Nota : Jangan lupa sertakan bersama dokumen penting untuk rujukan majikan anda. Ini memastikan anda benar-benar berada dalam keadaan kecemasan serta dokumen tersebut menajdi bukti lasan kukuh anda tidak hadir bekerja pada hari tersebut.

Selepas ini, anda tidak mempunyai sebarang alasan menyediakan emel atau surat untuk dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia. Jadilah seorang pekerja yang bertanggungjawab dan beretika kepada syarikat dan majikan anda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.