RM300 Bantuan Ibu Tunggal Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat. Daftar Sekarang

RM300 BANTUAN IBU TUNGGAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. DAFTAR SEKARANG

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua lapis masyarakat akan menerima manfaat termasuk ibu tunggal di Malaysia.

Bantuan Ibu Tunggal ini adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan secara tunai one-off.

Juga diharapkan agar bantuan ini mampu membantu ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka terutamanya pada mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

TARIKH PENDAFTARAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Pendaftaran bantuan ibu tunggal ini telah dibuka mulai :

  • Dibuka sekarang sehingga tarikh tutup 31 Oktober 2020.

Untuk melayakkan ibu tunggal menerima bantuan ini, anda perlu berdaftar dengan JKM dan KPWKM.

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Berikut adalah salah satu syarat asas yang perlu dipenuhi oleh ibu tunggal :

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN KPWKM

Untuk membuat pendaftaran ibu tunggal di KPWKM :

  • Dibuat secara online dengan mengisi Google Form.
  • Pemohon mestilah mempunyai akaun emel Gmail.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL PENJANA

Berikut adalah langkah-langkah permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal PENJANA :

RM300 Bantuan Ibu Tunggal Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat. Daftar Sekarang

  • Juga, muat naik dokumen sokongan yang diminta. Klik ADD FILE untuk muat naik dokumen tersebut.

RM300 Bantuan Ibu Tunggal Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat. Daftar Sekarang

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang perlu dimuat naik untuk pendaftaran KPWKM ialah :

  • Salinan MyKad
  • Salinan Penyata Akaun tahun Semasa
  • Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/MyKid/MyKad/ Sijil Pengangkatan daripada JPN
  • Slip Gaji terkini (jika berkenaan)
  • Pengesahan Pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh: Surat Pengesahan daripada Majikan)
  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)

PENDAFTARAN IBU TUNGGAL DENGAN JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

Jika anda belum membuat pendaftaran dengan Jabatan Pembangunan Wanita, sila daftar melalui salah satu cara berikut :

  • Permohonan secara online di iwanita.jpw
  • Hadir ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Segala maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal anda boleh gunakan saluran berikut :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.