Semakan Daftar Pemilih, Kemas Kini Alamat Serta Proses PRU Yang Anda Perlu Tahu
Adakah rakyat Malaysia akan menghadapi proses mengundi dalam tempoh yang terdekat? Jika ya, adakah anda sudah membuat persediaan seperti mendaftar sebagai pengundi?
Terdapat 3 cara untuk mendaftar sebagai pengundi dan kini SPR telah menaik taraf kaedah mendaftar sebagai pengundi iaitu secara online sahaja.
Jadi, anda boleh membuat semakan cara mendaftar undi serta proses-proses pengundian yang berlaku di Malaysia.
PENDAFTARAN SEBAGAI PENGUNDI
Isi Kandungan
Mana-mana Warganegara Malaysia yang:
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya
- Tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.
Pendaftaran pemilih boleh dibuat melalui:
1 PENDAFTARAN STATIK
- Pendaftaran statik seperti di kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer.
- Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
2 PENDAFTARAN BERGERAK
- Pendaftaran Bergerak seperti Out-Reach Team SPR, Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR.
- Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
3 PENDAFTARAN ONLINE
- Kini anda boleh jimatkan masa anda dengan membuat pendaftaran secara online sahaja. Tetapi anda masih lagi perlu mengikut syarat yang dikenakan sebagai pengundi.
- Hanya 3 langkah sahaja yang diperlukan untuk mendaftar undi secara online. Untuk tutorial langkah mendaftar undi secara online, klik sahaja disini.
PUSAT PENDAFTARAN UNDI
Berikut adalah senarai pusat-pusat pendaftaran, antaranya:
- Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
- Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
- Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
- Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR
Anda juga boleh mendaftar di pejabat pos dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Pendaftaran pemilih hanya boleh dibuat menggunakan maklumat yang tertera di kad pengenalan. Sijil lahir tidak diterima.
Anda tidak boleh mendaftar bagi pihak orang lain termasuk waris kerana mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.
PROSES PILIHANRAYA (PRU)
Untuk makluman, calon Parlimen / DUN perlu membayar deposit untuk bertanding. Jumlah deposit adalah seperti berikut:
- RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
- RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
- RM 5,000 untuk deposit calon DUN
- RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN
PROSES MENGUNDI
Pada hari pengundian, masa untuk mengundi bagi kebanyakan Tempat Mengundi ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Walau bagaimanapun, bagi kawasan pedalaman, SPR menetapkan supaya tempat-tempat mengundi terbabit dibuka lewat dan ditutup lebih awal mengikut masa yang diumumkan oleh SPR.
Pemilih hanya perlu membawa kad pengenalan ketika sesi membuang undi berlangsung.
Jika hilang, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah:
- Passport
- Lesen memandu
- Kad rasmi pengenalan diri
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Pemilih yang berdaftar dengan SPR boleh membuat semakan daftar pemilih di:
- Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my,
- Telefon : Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8885 6500)
- Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui SMS yang dibuka semasa musim pilihan raya.
Baca juga: Semakan Wang Tak Dituntut