Daftar Permohonan We Care Sabah. Terima RM300 Untuk Yang Berada Di Semenanjung

Rakyat Sabah Di Semenanjung Tidak Di Lupa

Rakyat Sabah yang berpindah atau bekerja di Semenanjung Malaysia tidak dilupakan kerajaan Negeri Sabah untuk diberi bantuan iaitu Bantuan Khas We Care B40.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bantuan ini adalah untuk memastikan rakyat Sabah tidak tercicir untuk mendapatkan bantuan walau dimana mereka berada.

“Saya meminta rakyat kita di Semenanjung berhubung dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Ampang untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan,”

( Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal )

sabah we care

Tujuan We Care B40

Bantuan ini bertujuan untuk menolong Golongan B40 Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia untuk membeli barang keperluan dan mengurangkan beban mereka di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir di 28 April 2020.

Pembayaran

Pembayaran akan di buat sebanyak RM300 sekali (one-off) ke dalam akaun mereka.

Kelayakan

Hanya golongan B40 yang menetap atau berasal dari Sabah layak untuk mendapat bantuan ini. Pendapatan isi rumah haruslah dibawah RM4,360 sebulan.

  • Anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
  • Golongan B40

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online di laman rasmi WECARE Kerajaan Negeri Sabah. Untuk membuat permohonan , sediakan maklumat seperti :

  • Nombor kad pengenalan.
  • Butir peribadi.
  • Maklumat pendapatan.
  • Maklumat akaun bank.
  • Pengesahan maklumat.

wecrEsBAH

Pautan Berkaitan

Berikut adalah pautan untuk anda membuat permohonan, semak permohonan dan semakan status pembayaran.

Maklumat Lanjut Permohonan

Jika anda layak untuk menerima bantuan ini dan mempunyai maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh terus hubungi nombor berikut :

wecaresabah-1

Atau anda juga boleh hubungi nombor berikut :

wecaresabah

Sumber :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.