Cara Daftar & Semakan eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan
DAFTAR EKASIH : PORTAL PEMBASMIAN KEMISKINAN UNTUK BANTUAN KERAJAAN
Isi Kandungan
Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.
1 Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
2 Manakala Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
3 Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EKASIH
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :
- Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Warganegara Malaysia.
PUNCA PENDAPATAN UTAMA
4 punca pendapatan utama adalah seperti berikut :
- Pekerjaan bergaji.
- Bekerja sendiri.
- Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
- Pindahan semasa diterima.
PENDAFTARAN BARU EKASIH
2 cara untuk membuat pendaftaran baru eKasih iaitu :
- Anda perlu rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
- Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) , Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).
NOMBOR TELEFON DAN NOMBOR FAKS PEJABAT PPN
CARTA PROSES PERMOHONAN SISTEM EKASIH
Rujuk carta proses permohonan sistem eKasih seperti di bawah :
STATUS DAFTAR EKASIH
Terdapat 4 jenis status daftar e-Kasih iaitu :
- Disahkan : Telah dibanci
- Disemak : Dalam proses banci
- Ditolak : Tidak layak dibanci
- Baru/Daftar Terbuka : Pemohonan baru
CARA MEMBUAT SEMAKAN EKASIH
Untuk semakan permohonan, sila klik pautan dibawah :
- Semakan eKasih
- Kemudian masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan KLIK UNTUK CARI.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, sila layari laman web berikut :
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.