Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

TUNAS: RM50 Sebulan. Daftar Skim Bantuan Yuran Tadika Sekarang

1,509

Ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak-anak ke tadika pastinya tersenyum lebar kerana permohonan pendaftaran Skim Bantuan Yuran Tadika TUNAS Selangor telah dibuka dengan bantuan sebanyak RM50 sebulan.

Malahan bantuan ini dibuka kepada ibu bapa yang lahir dan bemaustatin di negeri Selangor dan Skim Bantuan Yuran TUNAS Selangor ini dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ingin tahu cara membuat pendaftaran Skim Bantuan Yuran TUNAS Selangor? Teruskan membaca perkongsian ini.

SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN YURAN TUNAS SELANGOR

Syarat permohonan yang dikenakan ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
  • Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
  • Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  • Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

TUNAS: RM50 Sebulan. Daftar Skim Bantuan Yuran Tadika Sekarang

CARA MOHON SKIM BANTUAN YURAN TUNAS SELANGOR

Untuk mohon Skim Bantuan Yuran TUNAS Selangor, ikuti cara mohon langkah-langkah berikut:

TUNAS: RM50 Sebulan. Daftar Skim Bantuan Yuran Tadika Sekarang

  • Klik PERMOHONAN seterusnya klik PERMOHONAN BARU.
  • Isikan mklumat anda dengan betul dan tepat.
  • Seterusnya hantar dokumen lengkap beserta surat sokongan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran online anda.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN YURAN TUNAS SELANGOR

Bagi melengkapkan permohonan Skim Bantuan Yuran Tunas Selangor RM50 sebulan, sertakan bersama dokumen berikut:

  • Cetak Borang Permohonan (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan MyKad Ibu
  • Salinan MyKad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar

Jika anda bukan kelahiran negeri Selangor pula, lampirkan bersama dokumen tambahan berikut:

  • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
  • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen ini perlu dihantar ke alamat berikut dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran secara online:

  • Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
    Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
    Persiaran Kayangan
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Nombor telefon : 03-5481 8800

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKIM BANTUAN YURAN TUNAS SELANGOR

Untuk membuat semakan status permohonan Skim Bantuan Yuran TUNAS Selangor, lakukan secara online sahaja melalui pautan berikut:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TUNAS

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim Bantuan Yuran TUNAS Selangor di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...