Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan SPA8i: Cara Mohon & Kemaskini Jawatan Kosong di Portal SPA

0 1,934

Ingin kerja kerajaan? atau, ingin mengisi kekosongan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam? Tapi tak tahu cara. Apa kata anda baca panduan pendaftaran SPA8i ringkas Edu Bestari ini.

ℹ️Sebelum anda boleh memohon kerja kerajaan, mula-mula sekali anda perlu mendaftar akaun baru SPA8i sebagai pencari kerja mengikut tahap kelulusan anda. Pendaftaran SPA8 boleh dibuat secara online dan secara percuma sahaja.

Calon lepasan SPM, STPM dan STAM atau setaraf dengannya bagi tahun semasa yang berminat dengan pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam adalah digalakkan untuk mendaftar bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang pengkhususan jawatan sektor awam yang ada.

Jadi, semua pemohon baharu adalah diwajibkan mendaftar akaun permohonan secara atas talian (online) melalui sistem yang disediakan bagi mencapai dan mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (SPA8i)

Untuk makluman anda, tempoh sah laku bagi pendaftaran adalah satu tahun sahaja, oleh itu pada tahun berikutnya anda perlu mengemaskini semula.

Permohonan jawatan adalah menggunakan dasar One Step Lower :

  • Memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk pengetahuan, hanya 15 jawatan sahaja yang boleh dimohon melalui borang SPA8i pada satu-satu masa permohonan. Ini tidak termasuk permohonan jawatan kosong PDRM.

Jika permohonan anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pihak SPA boleh membatalkan semua permohonan anda.

PERMOHONAN SPA8i BAGI LEPASAN SPM STPM STAM

Di bawah merupakan panduan ringkas berhubung dengan permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam SPA8i kepada calon lepasan SPM, STPM & STAM yang berminat menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

Sila ikut langkah mudah di bawah.

PERMOHONAN SPA8i UNTUK LEPASAN SPM, STPM STAM
Di bawah merupakan pautan rasmi untuk anda daftar permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) secara online. Anda boleh akses laman SPA8 melalui dua pautan di bawah.
Daftar
Klik 👉Sistem Aplikasi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i): Server 1
Klik 👉Sistem Aplikasi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i): Server 2
Sebelum melakukan atau mengemukakan pendaftaran secara atas talian (online) menggunakan sistem SPA8, pemohon dinasihatkan memahami langkahnya dan boleh rujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di laman sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (SPA8i). Pautan FAQ & Manual Pengguna disediakan di bawah.
Untuk mengetahui soalan yang sering ditanya oleh pemohon berkaitan dengan pendaftaran. Sila baca terlebih dahulu Soalan Lazim Dan Jawapan Berkaitan Urusan Pendaftaran Pekerjaan SPA8
Pemohon juga dinasihat untuk rujuk Panduan pendaftaran Manual Pengguna untuk memudahkan anda mengemaskini permohonan pekerjaan anda.
Info Penting Pendaftaran SPA8i
Makluman
Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa
a) Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun
b) Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja
c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
1️⃣Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
2️⃣Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
3️⃣Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
💡SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti di perenggan (a) hingga (c).

💡Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan

Kelayakan Permohonan Pendaftaran
Info
Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam, sila klik pada judul pautan berikut.
👉Pemohon Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
👉Pemohon Lepasan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran / Persekolahan Malaysia)
👉Pemohonan Lepasan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Maklumat Berkaitan Permohonan SPA8
Deskripsi Tugas
👉Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Skop Kerja)
Semakan status pendaftaran
Senarai penjadualan temuduga dan yang berkaitan
👉Semakan Status Permohonan SPA Online
Maklumat lengkap boleh didapati menerusi dengan klik kepada judul pautan berikut
👉Pemohonan Pekerjaan Perkhidmatan Awam Melalui SPA8i


Pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi SPA di pautan yang disediakan di bawah bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini.
Info yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan semasa.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pemohon yang telah berjaya mendaftar, anda boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Jika paparan menunjukkan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan”,ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan dari tarikh daftar.

Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

NAK DAFTAR SPA8?

Anda juga boleh terus ke Portal SPA8 untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan permohonan dan pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam. Terus ke SPA8 melalui pautan di bawah.

PORTAL SPA8

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...