Jom daftar SSM BizTrust percuma sehingga 31 Disember ini dan jangan lepaskan peluang yang ditawarkan ini. Pendaftaran sedang dibuka dan ingat, ianya adalah percuma sahaja.
SSM BizTrust telah diperkenalkan oleh KPDNHEP pada tahun 2017 dan masih lagi ramai yang tidak mengenali perkhidmatan ini yang menyediakan khidmat seperti pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.
Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara membuat pendaftaran dengan SSM BizTrust disini.
TARIKH PENDAFTARAN SSM BIZTRUST PERCUMA
Isi Kandungan
Pendaftaran SSM BizTrust percuma ini dibuka sekarang sehingga:
- 31 Disember 2021
KELEBIHAN MENDAFTAR SSM BIZ TRUST
Terdapat beberapa kelebihan yang akan anda dapati sekiranya membuat pendaftaran dengan SSM BizTrust iaitu:
- Simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti ini tentunya akan meyakinkan pengguna untuk melakukan urus niaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan urus niaga dalam talian mahupun secara fizikal.
- Peniaga atas talian yang layak dan berjaya memperolehi pensijilan SSM BizTrust akan dapat memaparkan logo SSM BizTrust pada laman sesawang, media sosial dan blog perniagaan mereka.
- Meyakinkan pengguna untuk melakukan urusniaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna dari penipuan urusniaga atas talian mahupun secara fizikal.
Justeru, KPDNHEP menyeru agar lebih ramai peniaga dalam talian memanfaatkan kemudahan ini dan bersama kerajaan membina semula ekonomi domestik negara demi masa depan lebih baik bersama.
Ia juga supaya pengguna hanya berurusniaga dengan entiti perniagaan diiktiraf dan memiliki logo BizTrust untuk melindungi mereka daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.
CARA PENDAFTARAN SSM BIZTRUST PERCUMA
Untuk membuat pendaftaran SSM BizTrust percuma, anda hanya perlu ke:
- Klik SIGN IN dan masukkan maklumat yang diminta
- Setelah siap, klik SIGN IN semula untuk pendaftaran serta permohonan.
- Lengkapkan permohonan langkah demi langkah ddan siap.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai SSM BizTrust di:
- Laman Web: https://biztrust.ssm.com.my/
- Pusat Perhubungan SSM: 03-7721 4000;
- Faks: 03-7721 4001
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.