Orang ramai yang ingin mendaftar terima vaksin Covid-19 boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sama ada secara android atau iOS.
Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
Malahan, sangat mudah menggunakan aplikasi MySejahtera kerana ianya telah tersedia di telefon bimbit anda dan update sahaja aplikasi tersebut untuk mendaftar terima vaksin.
Bagaimana pula mendaftar dengan menggunakan kaedah yang lain? Dapatkan cara membuat pendaftaran terima vaksin dengan menggunakan kaedah yang lain disini.
TARIKH MULA DAFTAR VAKSIN COVID-19 MELALUI LAMAN WEB
Isi Kandungan
Anda boleh mula mendaftar Vaksin Covid-19 melalui laman web bermula:
- 5 Mac 2021
DAFTAR VAKSIN COVID-19 MELALUI LAMAN WEB & HOTLINE
Selain mendaftar terima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera, anda boleh menggunakan laman web dan hotline untuk mendaftar terima vaksin.
Untuk pengetahuan anda juga, setakat jam 4:30 petang 24 Februari 2021, kerajaan sudahpun menerima lebih 500 ribu pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.
LAMAN WEB
5 KAEDAH PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19
5 kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 ialah:
- Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
- Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.
- Menerusi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian.
- Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
- Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.
KUMPULAN SASARAN TERIMA VAKSIN MENGIKUT FASA
Berikut adalah kumpulan sasaran yang akan menerima vaksin mengikut fasa:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.