Anda ingin daftarkan ibu bapa atau tanggungan anda untuk menerima vaksinasi Covid-19? Tak perlu lagi daftar melalui laman web kerana anda boleh terus membuat pendaftaran dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sahaja.
Pendaftaran ini sudah boleh digunakan mulai hari Jumaat 19 Mac 2021 seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Kemudahan ini membolehkan anak-anak mendaftarkan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai MySejahtera bagi penerimaan vaksin.
Baca juga: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
INFO RINGKAS DAFTAR VAKSIN IBU BAPA & TANGGUNGAN MELALUI MYSEJAHTERA
Isi Kandungan
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika ini, pendaftaran bagi fasa dua program imunisasi berkenaan masih lagi rendah.
Sebanyak RM3 bilion peruntukan dianggarkan sebelum ini bagi rakyat mendapat akses vaksin Covid-19 secara percuma.
Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Covid-19 melibatkan kumpulan beriso tinggi termasuk warga emas.
Program imunisasi ini dilaksanakan menerusi tiga fasa, bermula dengan kumpulan barisan hadapan, disusuli kumpulan berisiko tinggi dan rakyat berusia 18 tahun ke atas.
CARA PENDAFTARAN IBU BAPA & TANGGUNGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA
Langkah-langkah membuat pendaftaran ibu bapa dan tanggungan untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:
- Kemaskini aplikasi MySejahtera anda terlebih dahulu.
- Buka MySejahtera dan tutup bahagian check in.
- Klik pada bahagian VACCINATION dan klik ADD VACCINATION DEPENDENT.
- Klik hubungan anda dengan orang yang akan didaftarkan sama ada suami, anak, adik beradik, ibu bapa/mertua/datuk nenek dan tanggungan.
- Klik OK.
- Seterusnya isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Klik SAVE.
3 FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Terdapat 3 fasa bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu:
FASA PERTAMA
- Fasa pertama akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
- Fasa ini amat penting untuk melindungi petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19.
- Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada April.
FASA KEDUA
- Membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
- Warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini.
- Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.
FASA KETIGA
- Baki penerima vaksin adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
- Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh.
Info selanjutnya mengenai fasa vaksinasi dan tarikh mengikut fasa, dapatkan di:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.