Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Bantuan Persekolahan RM500 Satu Keluarga Melalui INSPIRASIKU

0 2,285

APA ITU DANA INSPIRASI MALAYSIA YAPEIM?

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

APA OBJEKTIF DANA INSPIRASIKU

Objektif Inspirasiku adalah seperti berikut:

1️⃣Membantu dan meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
2️⃣Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit.
3️⃣Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) – Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif.
4️⃣Platform kepada masyarakat untuk menyumbang bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40.

Pelajar sekolah akan menerima bantuan sehingga RM500.00 manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima bantuan sehingga RM1,000.00 bergantung kepada kecukupan dana yang dikumpul.

BAGAIMANA MOHON DANA INSPIRASI YAPEIM

Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara membuat permohonan dana ini secara online serta syarat kelayakan dan senarai dokumen yang diperlukan.

BORANG PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA (INSPIRASIKU) YAPEIM 2020

Di bawah merupakan informasi penting yang perlu pemohon ambil perhatian sebelum mengemukakan permohonan Dana Inspirasi Malaysia.

TARIKH PENTING PERMOHONAN DANA INSPIRASI MALAYSIA 2020

📝Mula ⏱️Tamat

🗓️1 Disember 2019

📆31 Januari 2020

Untuk makluman, permohonan Fasa Pertama boleh dibuat bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020.
Tarikh akhir Bantuan Pendidikan Sekolah ialah pada 31 Januari 2020. Sebarang permakluman bagi fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan  Pendidikan IPT akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial YaPEIM.

KADAR BANTUAN DANA INSPIRASI

Berikut merupakan maklumat tambahan kadar bayaran bantuan pendidikan YaPEIM mengikut kategori:

💰Bantuan Sehingga 500

Pelajar Sekolah Seluruh Negara

💰Bantuan Sehingga 1,000

Pelajar IPT Seluruh Negeri

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020:-

SYARAT KELAYAKAN MOHON

1️⃣Pemohon merupakan warganegara Malaysia
2️⃣Mendapat surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara atau surat pengesahan sekolah seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
3️⃣Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
4️⃣Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
5️⃣Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

Cara membuat Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 adalah seperti berikut:-

BORANG PERMOHONAN ONLINE

YaPEIM telah menyediakan sistem permohonan online bagi memudahkan pemohon melakukan permohonan. Pautan permohonan secara online dikongsikan di bawah
👉Borang Online Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Dan IPT

👉Baca Terma & Syarat Online

BORANG PERMOHONAN SECARA MANUAL

Borang permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh didapati di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak, Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM
👉 Borang Permohonan Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah Dan Menengah
👉 Borang Permohonan Bantuan Pendidikan IPT
Portal Rasmi Dana Inspirasi Malaysia
👉YaPEIM Dana Inspirasi

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

1️⃣Satu salinan kad pengenalan pemohon
2️⃣Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
3️⃣Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
4️⃣Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
5️⃣Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
6️⃣Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
7️⃣Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
8️⃣Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
9️⃣Nombor akaun Bank
🔟Setiap salinan dokumen perlu mendapat cop pengesahan daripada Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen
👉 Senarai Semak Permohonan

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan Dana Inspirasi Malaysia yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui cara berikut :-
🏤Serahan tangan ke Ibu Pejabat YaPEIM
📨Pos Laju/ Ekspres ke Ibu Pejabat YaPEIM
📧emel ke alamat [email protected]
🏢Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan
🧑‍💼Pejabat YaPEIM Negeri
Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
(Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur)

CARTA PROSES PERMOHONAN DANA INSPIRASI

Berikut dikongsikan carta alir tentang proses permohonan Dana inspirasi Malaysia
Carta Alir Proses Permohonan Dana Inspirasi Malaysia

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020, sila rujuk kepada dokumen yang dikongsikan di bawah
👉 Soalan Lazim (FAQ)
👉 Laman Web Rasmi YaPEIM

👉Baca juga: Cara Kemaskini SPA8i

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...