Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Darul Ilmi MAIWP, Beri Peluang Warga Emas Timba Ilmu Agama. Ini Syarat Permohonan

3,582

Warga emas wanita terutamanya yang ingin mendalami ilmu agama dunia dan akhirat dipelawa untuk tinggal di Darul Ilmi seterusnya menimba ilmu agama yang disediakan untuk mereka.

Jadi, warga emas wanita ini boleh belajar ilmu agama di Darul Ilmi MAIWP dan mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan untuk mereka sepanjang mengikuti pengajian disini.

Bagaimanakah caranya untuk memohon penempatan di Darul Ilmi MAIWP? Teruskan bacaan anda dan dapatkan info lengkap mengenai Darul Ilmi disini.

INFO RINGKAS DARUL ILMI

Darul Ilmi ditubuhkan sebagai institusi yang menyediakan pendidikan mengikut sistem pondok kepada warga emas wanita yang berminat untuk mendalami ilmu agama.

Pusat ini menggunapakai pengajian Islam ala pondok yang menyediakan penginapan dan bukan berkonsepkan pusat jagaan warga emas.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Prihatin RM500 One-Off Kasih Asnaf 3.0 Penjaja DBKL, MAIWP. Semak Kelayakan Disini

SYARAT PERMOHONAN DARUL ILMI MAIWP

Syarat permohonan kemasukan ke Darul Ilmi MAIWP ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 55 tahun.
    Beragama Islam.
  • Keutamaan adalah diberikan kepada Warga Wilayah Persekutuan.
  • Permohonan secara sukarela yang dirujuk oleh waris, tiada paksaan daripada mana-mana pihak dan dengan kerelaan diri sendiri semata-mata untuk mempelajari Agama Islam.
  • Pengajian adalah selama 2 tahun sahaja (4 semester).
  • Mempunyai kemampuan untuk berdikari dan berupaya menguruskan diri sendiri.
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit dan mendapat pengesahan dari doktor bagi penyakit kronik
  • Pembelian kitab adalah ditanggung oleh Pelajar Darul Ilmi sendiri.
    Sanggup untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Darul Ilmi.
  • Tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditentukan oleh MAIWP.

MATA PELAJARAN & KITAB DI DARUL ILMI

Antara mata pelajaran dan kitab yang diajar di Darul Ilmi MAIWP ialah:

MATA PELAJARAN KITAB RUJUKAN
Feqah Fiqh Manhaji
Tasawwuf Kitab Hikam & Rawatan Rohani
Hadith Kitab Bahrul Mazi & Syamail Muhammadiah
Tafsir Kitab Tafsir Munir
Adab & Akhlak Kitab Bidayah Wal Hidayah
Perubatan Islam Rawatan Penyakit Rohani
Fiqh Ibadah Kitab Saihatun Najah
Tauhid Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bahasa Arab Al-Muhadathah Al-Arabiyyah
Tajwid Tajwid Ilmi dan Amali

AKTIVITI HARIAN

Warga emas wanita akan membuat aktiviti harian yang disediakan seperti berikut:

  1. Solat secara berjemaah
  2. Kelas marhaban, berzanji dan tarannum
  3. Qiyamullail setiap bulan
  4. Ceramah sempena hari-hari kebesaran dalam Islam
  5. Menerima kunjungan lawatan daripada institusi lain
  6. Lawatan ke pusat pengajian warga emas yang lain
  7. Puasa sunat Isnin dan Khamis bagi yang mampu

CARA MOHON

Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Muat turun borang permohonan disini atau dapatkan di pejabat Darul Ilmi, Kg Sg Penchala.
  • Borang yang lengkap diisi boleh dihantar terus ke pejabat Darul Ilmi.
  • Permohonan akan disemak dan panggilan temuduga kepada calon yang layak.
  • Calon yang berjaya di dalam temuduga sahaja akan ditawarkan pengajian di Darul Ilmi.

Darul Ilmi MAIWP, Beri Peluang Warga Emas Timba Ilmu Agama. Ini Syarat Permohonan

Baca juga: 30 Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa Bantuan Yang Boleh Anda Pohon? Semak Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Darul Ilmi disaluran berikut:

Pusat Pengajian Darul Ilmi

  • 03-7722 3263
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...