Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Denda RM1,000 atau Penjara 3 Bulan Sekiranya Menaiki e-Skuter Atas Jalan Raya Mulai 1 Januari 2021

1,222

Jangan naik e-skuter di jalan raya mulai 1 Januari 2021 kerana boleh didenda RM1,000 atau penjara 3 bulan. Ia adalah kerana penggunaan e-skuter ini mungkin mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Namun, anda boleh menaiki e-skuter anda di kawasan yang dibenarkan seperti di taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat membeli belah sahaja.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang skuter elektrik yang menunggang di atas jalan raya di ibu negara.

TARIKH KUAT KUASA LARANGAN E-SKUTER DI JALAN RAYA

Larangan e-skuter ditunggang di jalan raya bermula pada:

  • 1 Januari 2021

SENARAI KESALAHAN PENUNGGANG E-SKUTER

Aktiviti yang dilakukan oleh penunggang e-skuter boleh mendatangkan bahaya serta mengundang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalanraya. Antara kesalahan yang dilakukan ialah:

  • Menunggang e-skuter secara berdua
  • Tidak menggunakan laluan ataupun siar kaki yang disediakan
  • Menunggang secara berbahaya di tengah jalan secara berkumpulan.

DENDA INGKAR ARAHAN

Denda yang dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan akan dikenakan hukuman seperti berikut:

  • Denda RM300 (Bagi kesalahan pertama)
  • Denda RM1,000 atau penjara 3 bulan (Bagi kesalahan kedua)

Hukuman ini adalah di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Buat masa sekarang, pihak polis hanya memantau mereka yang menggunakan skuter di jalan raya dan menasihati mereka sekiranya aktiviti yang dilakukan agak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Denda RM1,000 atau Penjara 3 Bulan Sekiranya Menaiki e-Skuter Atas Jalan Raya Mulai 1 Januari 2021

MOHON LESEN KEBENARAN KHAS

Jika anda ingin menggunakan e-skuter di atas jalan raya, anda perlu membuat permohonan lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum menggunakannya.

Jadi, elakkan menggunakan e-skuter di jalan raya jika tidak mahu didenda sehingga RM1,000 atau penjara 3 bulan.

Denda RM1,000 atau Penjara 3 Bulan Sekiranya Menaiki e-Skuter Atas Jalan Raya Mulai 1 Januari 2021

Dapatkan Takwim Persekolahan Tahun 2021 Mengikut Negeri. Rancang Percutian Anda Sebaiknya disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...