Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skop Kerja & Senarai Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11

11,078

Bagi anda yang memohon jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11, anda boleh dapatkan skop kerja dan deskripsi tugas secara am dan khusus sebelum anda membuat permohonan jawatan ini.

Anda juga boleh dapatkan beberapa info mengenai jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11 untuk rujukan anda.

Seterusnya, semak syarat kelayakan dan buat permohonan anda melalui lama rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau SPA9.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK) GRED U11

Berikut adalah beberapa info ringkas jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11 untuk rujukan anda:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum: RM1,204.00
  • Gaji Maksimum: RM3,001.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

SYARAT LANTIKAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK) GRED U11

Syarat lantikan untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11 ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred U11 : RM1,204.00)

DESKRIPSI TUGAS

Skop kerja seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit.
  • Penyediaan peralatan.
  • Mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

TUGAS AM 

  1. Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor.
  2. Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit.
  3. Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya.
  4. Membersihkan mangkuk dan talam selepas pesakit makan.
  5. Memberi dan membersihkan bekas-bekas najis yang digunakan oleh pesakit.
  6. Menghantar bekas-bekas ubat dan memungut ubat-ubatan dari farmasi.
  7. Mengutip contoh spesimen dan menghantar ke Makmal Kaji Penyakit (Makmal Patologi).
  8. Mengiringi pesakit untuk rawatan/rujukan/siasatan seprti ke jabatan/unit kepakaran/pengimejan, fisioterapi dan lain-lain.
  9. Menghantar mayat ke bilik/rumah mayat.
  10. Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh digunakan.
  11. Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan.
  12. Menjalankan tugas-tugas despatch.
  13. Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat.
  14. Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan sebagainya.
  15. Memastikan keselamatan dan kebersihan wad/unit/jabatan tempat bertugas.
  16. Melaksanakan tugas-tugas dalam pengendalian kematian (last office).
  17. Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani pesakit).
  18. Membersihkan peti sejuk dan tempat instrument sterile mengikut jadual
  19. Menghadiri mesyuarat unit, perhimpunan pagi, CME/CNE dan menghadiri Kursus untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
  20. Menghantar Laporan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan kepada Ketua Unit setiap tahun.
  21. Memastikan pakaian seragam sentiasa kemas dan bersih

TUGAS KHUSUS

  1. Memberi orientasi kepada pesakit yang baru dimasukkan ke wad.
  2. Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi pesakit.
  3. Memberikan rawatan pemakanan melalui tiub di bawah pengawasan pembantu perubatan/jururawat.
  4. Melakukan sponging ke atas pesakit apabila diarah oleh Pembantu Perubatan/Jururawat.
  5. Membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut.
  6. Mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah.
  7. Membantu dalam menyukat dan merekod intake dan output pesakit
  8. Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti memasang alat-alat pernafasan (ventilators), memasang alat suction, menukar tangki gas oksigen yang kosong.
  9. Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti menyediakan keperluan dan peralatan intravena, mengepam ambu bag, memberi oksigen nasal dan mask, melakukan suction dan melakukan kardiopulmonari resussitasi asas.
  10. Membuat dressing mudah.
  11. Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel engan betul dan menghantar makmal.
  12. Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian, concurrent and terminal infection dimana perlu.
  13. Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol.
  14. Membantu dalam program pendidikan kesihatan pesakit.
  15. Membantu didalam penyediaan alat-alat serta keperluan untuk membuat losyen, ointmen dan krim.
  16. Memotong, melipat dan membungkus gauze, gamzee dan lain-lain.
  17. Menukar cadar katil pesakit yang tidak berdaya atau tidak sedarkan diri iaitu dari sisi ke sisi atau dari atas ke bawah.

Skop Kerja & Senarai Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11

CONTOH SOALAN TEMUDUGA JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK) GRED U11

Antara contoh soalan temuduga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U11 adalah:

  • Apakah tugas PPK?
  • Apakah tugas PPK di kecemasan?
  • Apa warna uniform PPK?
  • Perbezaan hospital dan klinik?
  • Adakah anda merokok?
  • Jika anda ditemptkan di bilik mayat, adakah anda sanggup?
  • Jika anda ditempatkan di luar daerah atau kawasan pedalaman, adakah anda sanggup?
  • Adakah anda sanggup berdepan dengan najis,darah dan nanah?
  • Nyatakan Menteri Kesihatan serta Timbalannya.
  • Senaraikan Rukun Negara satu persatu.
  • Ceritakan tentang diri anda.
  • Apa kelebihan yg ada pada anda yang tidak ada pada mana-mana calon lain?
  • Kenapa patut saya ambil anda bekerja?
  • Siapa yang banyak bekerja dengan PPK?
  • Nyatakan cara mengatasi jejentik di rumah.
  • Jenis kumpulan darah?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...