Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Diskaun Baiki Kereta Di Proton, Bantu Pelanggan Terjejas Akibat Banjir

1,193

Adakah anda saah seorang mangsa yang terlibat dengan banjir? Sedih melihat kereta kesayangan anda rosak akibat ditenggelami banjir?

Proton Holdings Bhd juga tampil dengan tujuan untuk meringankan beban pelanggannya yang terlibat dengan bencana banjir dengan memberikan diskaun sehingga 40%.

Malah, terdapat beberapa lagi caj yang ditanggung penuh oleh Proton Holdings Bhd agar pelanggan-pelanggan mereka tidak terbeban dengan musibah yang berlaku.

JUMLAH DISKAUN

Menurut Proton Holdings Bhd, diskaun yang diberikan kepada pemilik kereta Proton adalah seperti berikut:

  • 20% bagi alat ganti tertentu
  • 20% untuk caj buruh

CAJ-CAJ DITANGGUNG PROTON

Selain daripada diskaun bagi alat ganti dan caj buruh, Proton Holdings Bhd juga akan menanggung caj-caj yang dikenakan kepada pemilik kereta seperti berikut:

  • Caj tunda: RM200
  • Caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin kereta: RM100

PROSEDUR DAPATKAN DISKAUN & TANGGUNGAN CAJ

Pelanggan-pelanggan Proton yang ingin mendapatkan diskaun dan tanggungan caj tunda serta pembersihan bahagian luar dan ruang enjin kereta, anda perlu:

  • Membuat laporan polis mengenai insiden kerosakan kereta akibat banjir

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.”

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah

 Diskaun Baiki Kereta Di Proton, Bantu Pelanggan Terjejas Akibat Banjir

Manakala pelanggan Unifi pula boleh mendapatkan gantian peralatan yang baru melalui 2 kaedah yang dikongsikan disini.

Nak mohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Bencana Banjir? Klik sini dan buat permohonan dan pastikan anda menepati syarat yang telah ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai diskaun dan tanggungan caj berkaitan kereta Proton yang rosak akibat banjir, sila hubungi Proton di talian berikut:

  • 1-800-88-8398
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...