Nak Dapatkan Diskaun Elektrik TNB Sebanyak 50% Selama 6 Bulan? Pastikan Anda Ikut Langkah Ini

DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 (PRE 2020)

Diskaun bil elektrik ini adalah di bawah pakej rangsangan ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19.

Apakah Diskaun Bil Elektrik Yang Boleh Saya Perolehi Berikutan Penularan Wabak COVID-19?

  • Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020.
  • Pada 16 Mac 2020, Kerajaan telah memutuskan untuk memberi diskaun 2% kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020.
  • Pada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWh atau RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020.

Siapakah yang layak menerima diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)?

Pengguna-pengguna dari kategori berikut layak menerima diskaun ke atas bil elektrik mulai penggunaan 1 April hingga 30 September 2020:

  • Perdagangan
  • Perindustrian
  • Pertanian Spesifik
  • Domestik / Kediaman
    Nota: Pemegang Lesen Awam Pengagihan dengan Tarif Khas (Tarif Bulk) adalah tidak termasuk dalam kategori pengguna yang menerima diskaun daripada TNB.

Berapakah jumlah diskaun yang akan diberi?

Peratus diskaun yang akan diterima oleh pengguna adalah berdasarkan sektor perniagaan terpilih, kategori pengguna dan jumlah penggunaan seperti berikut:

elektrik2

Bilakah tempoh layak menerima diskaun bil elektrik ini?

Diskaun bil elektrik di bawah PRE2020 dan PRIHATIN adalah diberikan untuk tempoh enam (6) bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.

Ini bermakna bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020. Sekiranya bil yang diterima dalam bulan April 2020 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

Kadar Diskaun Bagi Pengguna Domestik (Kediaman)

carta letrik

Bagi kategori kediaman, sekiranya anda ingin menerima diskaun 50%, lihat bahagian ‘Kegunaan (kWh/kW)’ bil elektrik terkini rumah anda seperti di dalam kotak merah dan pastikan ia tidak melebihi jumlah 200 bermula April ini sehingga 30 September 2020 nanti.

kotakmwrah

Jika anda menggunakan elektrik dengan jimat, maka makin banyak penjimatan yang anda akan dapat berdasarkan diskaun yang diberikan oleh pihak TNB. (Rujuk Carta Jenis-Jenis Tarif)

Mari kita manfaatkan kelebihan yang diberikan oleh pihak TNB buat kita dengan sebaik-baiknya.

Sumber : TNB

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.