Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tawaran Diskaun 70% Untuk Semua Saman JPJ Sepanjang Bulan Kemerdekaan, Malaysia Prihatin

3,149

Siapa disini mempunyai saman JPJ?

Jika ya, anda boleh melangsaikan bayaran sama JPJ bermula 18 Ogos sehingga 16 September 2021 ini.

Ini kerana pihak JPJ telah mengumumkan untuk memberikan diskaun saman sehingga 70% bagi saman yang boleh dikompaun sahaja.

Baca juga: Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ

TUJUAN PENGURANGAN SAMAN & KOMPAUN JPJ

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat bagi tujuan:

  • Meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik Covid-19

TARIKH PENGURANGAN KOMPAUN & SAMAN JPJ

Anda yang mempunyai saman dan kompaun JPJ boleh mengurangkan diskaun bayaran mulai:

  • 18 Ogos 2021 sehingga 16 September 2021

JUMLAH DISKAUN PENGURANGAN SAMAN JPJ

Orang ramai bakal memperolehi diskaun pengurangan saman JPJ sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 sebanyak:

  • 70%

JENIS SAMAN YANG MENDAPAT DISKAUN

Jenis-jenis saman yang boleh mendapat diskaun seperti yang ditawarkan adalah akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam (blacklist).

Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh tersebut.

Nota: Tawaran diskaun ini juga tidak terpakai bagi individu yang mempunyai kes di mahkamah termasuk mereka yang mempunyai status waran tangkap.

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

Orang ramai boleh membuat pembayaran saman dan kompaun di:

  1. Semua pejabat JPJ Negeri
  2. Cawangan dan UTC
  3. Kiosk JPJ
  4. Secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/)
Nota: Pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri) bagi tujuan proses dokumentasi semula sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan. 

May be an image of ‎text that says '‎يه Olatinum KEMENTER PENGANGKUTAN MALAYSIA PENGURANGAN SAMAN TempoH BULAN KEMERDEKAAN 2021 "MALAYSIA PRIHATIN" SEHINGGA 70 % 18 OGOS- 16 SEPTEMBER 2021 *Terma Syarat *BAGI SAMAN JPJ YANG BOLEH KOMPAUN SAHAJA (Kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) PEMBAYARAN KAUNTER, KIOSK PORTAL JPJ https://public.jpj.gov.my www.jpj‎'‎

Baca juga: Urusan JPJ Dah Boleh Buat Pada Hujung Minggu Mulai 13 Ogos 2021 Ini. Buat Temujanji Dulu Baru Hadir Ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...