Informasi

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

25 March 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Sempena Hari Polis yang ke-214, Ibu Pejabat Polis Daerah beberapa negeri telah menawarkan diskaun saman sehingga 50% kepada orang awam yang mempunyai saman tertentu.

Untuk pengetahuan anda juga, semua saman ditawarkan diskaun sehingga 50% kecuali beberapa saman yang akan disenaraikan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Semakan Online PDRM: Semak Status Repot Polis Dan Saman Trafik

Dapatkan juga senarai IPD yang menawarkan diskaun saman sehingga 50% untuk rujukan anda.

“Selamat Hari Polis yang ke-214. Polis dan masyarakat berpisah tiada”.

SENARAI SAMAN YANG DIKECUALIKAN 50% DISKAUN

Antara senarai saman yang dikecualikan 50% diskaun ialah:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  2. Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  3. Saman status bicara mahkamah (m)
  4. Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  5. Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  6. Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  7. Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  8. Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  9. Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SENARAI IPD MENGIKUT NEGERI YANG MENAWARKAN DISKAUN SAMAN

Antara IPD yang menawarkan diskaun saman ialah:

IPD, PERAK

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 15 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

IPD, MELAKA

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 25 Mac 2021 hingga 27 Mac 2021

IPD NEGERI SEMBILAN

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 22 Mac 2021 hingga 7 April 2021

IPD KUANTAN, PAHANG

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 22 Mac 2021 hingga 4 April 2021

IPD RAUB, PAHANG

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 22 Mac 2021 hingga 4 April 2021

IPD LIPIS, PAHANG

Diskaun Saman Sehingga 50% Sempena Hari Polis Yang Ke-214 Sehingga April 2021

Tarikh diskaun saman adalah bermula pada: 22 Mac 2021 hingga 4 April 2021

Jadi, orang ramai boleh mengambil peluang yang ada ini untuk menjelaskan saman yang tertunggak dengan diskaun sebanyak 50%.

PERINGATAN: Orang ramai yang akan berurusan untuk pembayaran saman diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) bagi mengekang penularan Covid-19.

Baca juga: Senarai Jumlah Saman JPJ 2021 Bagi Kesalahan Motorsikal

 

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.