Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini Dividen ASB 7.25 Sen, Bonus Khas 1.00 Sen

0 2,074

Berikut pengumuman rasmi dividen ASB 2017.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan 7.00 sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan Bonus Khas Ulang Tahun PNB Ke-40 sebanyak 1.00 sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi tabung utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Pastikan anda baca juga: Cara Pengiraan Dividen ASB 2017 Yang Terkini

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 bilion akan dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit yang memiliki lebih 145.6 bilion unit dalam ASB.

Beliau berkata, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit akan mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen.

“Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus akan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018, manakala Bonus Ulang Tahun Khas akan dikreditkan pada 1 Mac 2018,” katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB dan ASN, di sini, hari ini.

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), Abdul Wahid berkata, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Dividen ASB 2017

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan pulangan yang lebih tinggi bagi tabung utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta tabung unit amanah harga berubah pertama, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN), ekoran prestasi kewangan yang kukuh pada tahun 2017 dan kejayaan semua inisiatif transformasi PNB yang disasarkan sepanjang tahun di bawah pelan strategik STRIVE-15.

Bagi PNB, 2017 merupakan tahun yang padat di mana Syarikat telah berjaya mencapai beberapa kejayaan yang bermakna. Yang paling penting, PNB telah memperbaiki prestasi kewangannya dengan meningkatkan Pendapatan Bersih dan juga berjaya melaksanakan rancangan transformasi Syarikat Strategiknya.

Pendapatan bersih Syarikat meningkat sebanyak 7.1% kepada RM15.4 bilion manakala Jumlah Pengurusan Aset (AUM) pada November 2017 meningkat 4.6% tahun ke tahun kepada RM276.5 bilion berbanding RM264.3 bilion yang dicatatkan pada November 2016. Dana amanah saham (UTF) merangkumi RM232.6 bilion daripada jumlah ini, manakala baki
RM43.9 bilion adalah dana proprietari sendiri PNB.

Transformasi Syarikat Strategik PNB yang berjaya pada tahun ini telah menyumbang kepada peningkatan permodalan pasaran sebanyak RM27.1 bilion setakat ini bagi Syarikat-syarikat Strategik, iaitu purata imbangan jumlah pulangan pemegang saham sebanyak 18.1%. Satu lagi pencapaian utama PNB pada tahun 2017 adalah penetapan fatwa “Harus”, atau
“dibenarkan” untuk semua pelaburan ASB, dari dua negeri yang belum mengeluarkan fatwa tersebut iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Dengan perkembangan terbaru ini, PNB kini telah menerima fatwa “Harus” dari semua negeri. Selain itu, selaras dengan langkah PNB ke arah pengalaman digital yang menyeluruh bagi para pelanggan, PNB telah berjaya melaksanakan penukaran kepada sistem IT bagi ASNB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pemegang unit.

Bersama dengan Kerajaan, PNB juga mengumumkan insentif khas RM200 bagi semua bayi warganegara Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 dan 31 Disember 2022 di bawah program Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50). Ini adalah selaras dengan matlamat PNB untuk menggalakkan amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia dari usia muda dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira 2.8 juta bayi sepanjang lima tahun.

Source Sumber
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...