Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP Tahun 2020

Jika sebelum ini masing-masing teruja dengan semakan status permohonan pengeluaran iSinar, selepas ini kita semua tunggu pula tarikh pengumuman jumlah dividen KWSP 2020 pula.

Berapa pula jumlah dividen yang akan ahli KWSP perolehi bagi tahun 2020 ini dan bilakah tarikh pengumumannya pula?

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) berkadaran peratus untuk dua skim simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

INFO RINGKAS KWSP

Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditubuhkan pada tahun 1951. KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia.

Ia juga merupakan tabung terbaik untuk pekerja sektor swasta dan berpencen serta golongan yang bekerja sendiri untuk mula mencarum sekarang demi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Terkini, bagi membantu ahli / pencarumnya yang terjejas akibat pandemik Covid-19, KWSP telah bersetuju membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 mengikut kategori iaitu Kategori 1 dan Kategori 2.

Jika anda belum lagi membuat permohonan pengeluaran iSinar, rujuk disini untuk dapatkan cara membuat permohonan pengeluaran iSinar dan permohonannya adalah selama 6 bulan bermula 21 Disember hingga 30 Jun 2021.

Manakala bagi mereka yang telah membuat semakan tetapi gagal, anda boleh memohon pengeluaran iSinar mengikut kategori 2 seperti pautan berikut:

TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2020

Pihak KWSP bakal mengumumkan dividen yang bakal diperolehi oleh setiap pencarum pada:

  • Februari 2021

JUMLAH KADAR PERATUS DIVIDEN KWSP 2020

Jumlah kadar peratus dividen KWSP bagi tahun 2020 ialah seperti berikut:

TAHUN KONVENSIONAL SHARIAH
2020 5.20% 4.90%

Tarikh Pengumuman & Jumlah Dividen KWSP Tahun 2020

KADAR DIVIDEN KWSP 2010 HINGGA 2019

TAHUN KONVENSIONAL SHARIAH
2019 5.45% 5.00%
2018 6.15% 5.90%
2017 6.90% 6.40%
2016 5.70%
2015 6.40%
2014 6.75%
2013 6.35%
2012 6.15%
2011 6.00%
2010 5.80%

Sebarang maklumat terkini mengenai kadar dividen KWSP akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika anda ingin dapatkan maklumat mengenai dividen KWSP dan yang berkaitan, anda boleh layari laman web KWSP ini https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.