e-Filing 2021: Semak Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Disini

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020 dengan rasminya baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya dengan adanya senarai ini, anda yang perlu membuat pembayaran cukai sudah boleh membuat semakan dengan segera agar tidak terlepas pandang untuk membuat pembayaran cukai seperti yang dilakukan sebelum ini.

Jom kita semua lihat apakah senarai tersebut dan bagi anda yang ada membuat permohonan iLestari KWSP, boleh rujuk jadual pembayaran disini sahaja.

APA ITU PELEPASAN CUKAI?

Pelepasan cukai itu sendiri membawa maksud:

  • Jumlah yang dibenarkan untuk penolakan kepada pendapatan yang akan dicukaikan.

SENARAI PELEPASAN CUKAI BAGI TAHUN TAKSIRAN 2021 UNTUK e-FILING

Antara senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2021 untuk e-Filing ialah:

1. RM9,000 Individu: Untuk diri sendiri dan saudara tanggungan.

2. RM6,000 Individu OKU

3. Penjagaan ibu bapa

  • RM5,000 untuk perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
  • RM3,000 pelepasan bagi ibu bapa yang berumur 60 tahun ke atas
  • Pendapatan tahunan kurang dari RM24,000 (TT 2016 sehingga TT 2020)
  • Pelepasan ibu RM1,500
  • Pelepasan bapa RM1,500

4. Perubatan

  • RM6,000 untuk perbelanjaan perubatan sakit yang sukar diubati (individu / suami / isteri / anak)
  • Pemeriksaan perubatan penuh (terhad RM500)
  • Perbelanjaan rawatan kesuburan

5. RM7,000 untuk yuran pendidikan diri sendiri

6. RM6,000 untuk perlatan alat sokongan asas (individu / suami / isteri / anak / ibubapa OKU)

7. Gaya Hidup

  • RM2,500 pelepasan cukai
  • Pembelian bahan bacaan
  • Bayaran langganan internet
  • Pembelian peralatan sukan dan bayaran gimnasium
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

8. RM8,000 untuk SSPN (Tabungan Bersih)

9. RM4,000 untuk suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri

10. RM3,500 untuk suami isteri kurang upaya

11. Anak-anak

  • RM2,000 untuk anak bawah 18 tahun
  • RM2,000 untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa (A-Level, sijil, matrikulasi, pra-ijazah)
  • RM6,000 untuk anak kurang upaya
  • RM8,000 untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar di IPT (Diploma ke atas)
  • RM8,000 sebagai tambahan anak kurang upaya 18 tahun ke atas yang masih belajar (Diploma ke atas)

12. RM3,000 untuk insuranas perubatan dan pendidikan bagi individu / pasangan dan anak

13. Insuran Nyawa dan KWSP

  • Individu penjawat awam berpencen insuran nyawa terhad RM7,000
  • Individu selain penjawat awam berpencen insuran nyawa terhad RM3,000
  • Insuran dibawah KWSP / Skim yang diluluskan terhad RM4,000 sahaja.

14. Yuran Taman Asuhan Kanak – Kanak / Tadika

  • Pelepasan sebanyak RM2,000 dan dibenarkan tuntutan kepada suami isteri

15. Pembelian Peralatan Penyusuan

  • Pelepasan cukai sebanyak RM1,000
  • Untuk pe,eba;ian perlatan penyusuan
  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap dua tahun taksiran

16. RM3,000 untuk Skim Persaraan Swasta Dan Anuiti Tertunda

17. RM250 pelepasan cukai untuk caruman PERKESO

e-Filing 2021: Semak Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Disini

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN e-FILING

Untuk tujuan pendaftaran tersebut, anda perlu membawa beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
  • Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan e-Filing boleh hubungi LHDN di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.