Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

e-Payroll Mudahkan Majikan Urus & Kekalkan Rekod Gaji Serta Mudahkan Transaksi Pembayaran Caruman KWSP Pekerja Secara Digital. Ini Syarat Kelayakan Majikan Perlu Tahu!

2,108

Untuk memudahkan para majikan di Malaysia menguruskan rekod gaji pekerja dan membuat transaksi caruman KWSP pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan satu sistem iaitu e-Payroll.

Jadi, para majikan boleh membuat penambahbaikan dengan mengakses masuk i-Akaun Majikan masing-masing dan update maklumat yang diperlukan untuk sistem e-Payroll.

Dapatkan syarat kelayakan serta info seterusnya melalui perkongsian ini dan majikan boleh terus mengemaskini i-Akaun masing-masing dengan segera.

Baca juga: KWSP: Cara Nak Tukar Akaun Konvensional ke Akaun Shariah Dengan iAkaun. Mudah!

INFO RINGKAS e-PAYROLL

Apa itu e-Payroll?

e-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital. Ia juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.

e-Payroll Mudahkan Majikan Urus & Kekalkan Rekod Gaji Serta Mudahkan Transaksi Pembayaran Caruman KWSP Pekerja Secara Digital. Ini Syarat Kelayakan Majikan Perlu Tahu!

SYARAT KELAYAKAN e-PAYROLL

Syarat kelayakan untuk menggunakan sistem e-Payroll adalah:

  • Anda adalah pengguna i-Akaun Majikan
  • Majikan mestilah mempunyai minimum seorang pekerja

CIRI-CIRI UTAMA e-PAYROLL

Ciri-ciri utama e-Payroll adalah seperti berikut:

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi Import Pekerja
  • Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
  • Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses

FUNGSI UTAMA e-PAYROLL KWSP

Fungsi utama e-Payroll KWSP pula ialah:

  • Kemas kini gaji pekerja
  • Menjana slip gaji pekerja
  • Buat pembayaran caruman kepada KWSP
  • Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  • Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  • Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
  • Buat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)

Majikan boleh terus menggunakan sistem e-Payroll dengan mengakses i-Akaun Majikan dengan menggunakan komputer atau tablet sahaja.

Baca juga: Terlupa? Ini Cara Reset Password Dan ID iAkaun KWSP Yang Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Majikan boleh menghubungi cawangan KWSP berhampiran ATAU hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di saluran berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...