Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Boleh Mohon Zakat Pelajar Secara Online (e-Zakat)

1,248

Pelbagai bentuk bantuan untuk memudahkan pelajar meneruskan pelajaran dalam bidang pedidikan yang tertinggi termasuk bantuan zakat.

Sehubungan itu, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan telah membuka permohonan Zakat Dalam talian bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kepada para pelajarnya yang memerlukan bantuan.

Semua pelajar yang memerlukan bantuan zakat boleh membuat permohonan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan seperti yang dikongsikan ini. Jangan lupa mohon nanti ya!

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan zakat pelajar secara online UITM Cawangan Kelantan dibuka pada tarikh berikut:

  • 25 Oktober 2021

Dan anda boleh membuat permohonan sehingga tarikh tutup pada:

  • 25 November 2021

TARIKH TEMUDUGA ZAKAT

Setelah anda menghantar permohonan zakat pelajar secara online, anda akan dipanggil temuduga pada tarikh berikut:

  • 28 November 2021

Temuduga zakat ini akan berakhir pada tarikh ini:

  • 13 Disember 2021

Masa untuk temuduga pula seperti berikut:

  • Pagi : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
  • Petang : 2.30 Petang – 4.30 Petang

KAEDAH TEMUDUGA

Terdapat 5 kaedah temuduga untuk Zakat Pelajar Secara Online Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan iaitu:

  • Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan status terkini penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20214-SESI 1 2021/2022 ini.
  • Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga dalam sistem e-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA. Temuduga hanya dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA dan RABU pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
  • Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temuduga.
  • Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara penggilan telefon atau dalam talian (online).
  • Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemuduga pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

CARA MOHON

Anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan e-Zakat atau:

Atau dengan membuat imbasan pada Kod QR  diposter berikut:

Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Boleh Mohon Zakat Pelajar Secara Online (e-Zakat)

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Pendapatan keluarga pelajar mestilah dibawah RM1,500 dan ke bawah.

Manakala bagi pelajar yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan boleh memohon Skim Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP Labuan disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan zakat pelajar dalam talian UITM Cawangan Kelantan, sila ajukan kepada:

  • Dr. Shahrizal Mahpol: 0179295370
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...