Pembangunan Islam Tidak Dilupakan. Elaun Guru Takmir Dinaikkan

Jika pembentangan Belanjawan 2021 memberi kegembiraan buat semua rakyat Malaysia, namun pembangunan Islam tetap diperkukuh seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan,

Sejumlah RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

KADAR KENAIKAN ELAUN GURU TAKMIR

Bagi menghargai jasa 4,000 guru takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah, kerajaan mengumumkan untuk menaikkan kadar elaun guru takmir seperti berikut:

  • RM800 kepada RM900 sebulan.

BAYARAN KHAS ONE-OFF

Bukan guru takmir sahaja yang mendapat faedah bagi pembangunan Islam malahan individu yang berkaitan dengan pembangunan Islam juga bakal menerima pemberian Bayaran Khas One-off sebanyak:

  • RM500

Bayaran Khas One-off ini akan diberikan kepada:

  • Para imam
  • Bilal
  • Siak
  • Noja
  • Merbut
  • Guru takmir
  • Guru KAFA

Pemberian bantuan khas ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 70,000 orang individu di atas.

PELAN INDUK WAKAF NASIONAL

Pelan Induk Wakaf Nasional juga akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset wakaf masa hadapan.

Pengurusan wakaf akan diperkasakan lagi dengan kerjasama antara:

  • Yayasan Waqaf Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan Persekutuan
  • GLC
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)

WAKAF PEMEGANG UNIT AMANAH

Selain itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan memperkenalkan perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB.

Di bawah perkhidmatan ini, pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit mereka ke dalam tabung wakaf ASNB dan mereka layak mendapat potongan cukai pendapatan.

Pulangan berterusan dari tabung wakaf tersebut akan disalurkan kepada projek wakaf berkepentingan nasional yang akan dikenal pasti PNB.

Pembangunan Islam Tidak Dilupakan. Elaun Guru Takmir Dinaikkan

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.