Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

4,298

Beruntung betul menjadi orang negeri Sarawak!

Mengapa? Kerajaan negeri Sarawak menyediakan platform khas buat rakyatnya untuk mendapatkan pekerjaan melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) dan ianya adalah secara online!

Belum pernah daftar dan buat permohonan? Dapatkan cara membuat pendaftaran dan permohonan disini dan semoga berjaya!

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

INFO RINGKAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (SPANS)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963.

Pada 16 September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) maka SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Di bawah Artikel 35(1), keanggotaan SPANS terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.

SYARAT PERMOHONAN eRECRUITMENT SPANS

Syarat kelayakan permohonan adalah mengikut jawatan yang ditawarkan atau dipohon iaitu:

Sijil Kemahiran atau Tingkatan 3

  • Jawatan Kumpulan Sokongan II

Sijil atau SPM

  • Jawatan Kumpulan Sokongan II

Diploma atau STPM

  • Jawatan Kumpulan Sokongan I

Ijazah

  • Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional

CARA MOHON

Permohonan adalah secara dalam talian (online) melalui laman rasmi eRecruitment SPANS iaitu:

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

  • Klik DAFTAR bagi pemohon yang mendaftar buat pertama kali.
  • Pilih jenis akaun yang anda ingin daftarkan.

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

  • Sahkan Sarawak ID anda.
  • Isikan KATA LALUAN yang akan anda gunakan nanti untuk LOG MASUK ke dalam sistem eRecruitment SPANS.
  • Klik SETUJU pada bahagian TERMA dan SYARAT.
  • Sahkan nombor telefon bimbit anda. Terima nombor OTP dan sahkan.

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

  • Lengkapkan semua maklumat dan klik HANTAR.
  • Pendaftaran anda telah berjaya.
  • Log masuk semula menggunakan ID dan KATA LALUAN yang telah anda daftarkan sebelum ini.
  • Sahkan akaun anda.

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

DOKUMEN WAJIB

Pastikan anda permohonan anda dilengkapi dengan sijil/dokumen asal dan yang telah disahkan sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sijil/dokumen tersebut adalah:

  1. Gambar berukuran paspot
  2. Kad Pengenalan
  3. Sijil Lahir
  4. Sijil-sijil Akademik
  5. Sijil Berhenti Sekolah
  6. Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai e-Recruitment sila hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak disaluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...