Expected Salary, Macam Mana Nak Jawab Kalau HR Tanya Soalan Berkaitan Gaji Kepada Anda?

Risau pula kalau dapat soalan daripada HR atau bakal majikan mengenai gaji yang dipohon.

Ini kerana soalan berkaitan expected salary agak sensitif kepada calon dan juga bakal majikan.

Untuk mendapatkan win-win situation, anda boleh dapatkan contoh jawapan yang dikongsikan ini.  Contoh jawapan ini sangat sesuai untuk lepasan graduan yang belum pernah bekerja dan juga calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan sebelum ini.

TANDA-TANDA MAJIKAN NAK BUANG PEKERJA

Tak ada pekerja yang nak resign kalau syarikat tersebut tidak mempunyai masalah dan seronok bekerja bersama rakan-rakan sekerja yang lain.

Tetapi anda semua mungkin juga tak tahu apakah masalah dalaman syarikat yang ada kerana tidak semua majikan akan berkongsi masalah yang anda sehingga anda melihat tanda-tanda yang dikongsikan ini.

Apakah 6 tanda-tanda majikan bakal buang pekerjanya?

  • Beban kerja dikurangkan dan terlalu sedikit sehingga tak tahu nak buat apa
  • Selalu kena kritik walaupun kerja semua siap mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • Meeting setiap hari dengan majikan mencari cara untuk dapatkan duit lebih, buat kertas kerja dan cara kurangkan kos.
  • HR, Pengurus dan mereka yang berkepentingan  kelam kabut, resah dan menunjukkan wajah yang risau.
  • HR dan Pengurus dah jarang update apa-apa berita tentang keuntungan syarikat, gaji pun dah lambat masuk serta berita tentang bonus dan tak dengar lagi dah.
  • Majikan minta pekerja ambil cuti tanpa gaji dan habiskan semua cuti yang anda.

Syarikat anda bekerja sekarang ini ada tanda-tanda ini tak? Cepat-cepat try search kerja yang lain di laman web ini tau!

Atau di pautan SPA, MySPP dan MYFutureJob sebelum terlambat.

CARA JAWAB EXPECTED SALARY

Setiap calon mempunyai cara menjawab bagi soalan berkaitan gaji dan dibahagikan mengikut kategori seperti berikut:

LEPASAN GRADUAN

Contoh jawapan:

  • Saya difahamkan pasaran sekarang ini menawarkan gaji diantara RM2,000 hingga RM2,500 untuk pelajar akaun seperti saya. Berdasarkan kelayakan yang saya ada ini, berapa agaknya gaji yang saya boleh dapatkan?

Jika jawapannya begini:

  • Saya boleh menawarkan anda gaji sebanyak RM1,800 hingga RM1,900. Adakah anda terima jawatan ini?

Jawapan:

  • Saya boleh terima jawatan ini. Untuk gaji permulaan, saya boleh terima tawaran yang ditawarkan pihak Tuan kepada saya. Saya juga berharap saya boleh kembangkan lagi karier saya. Kalau boleh saya ingin dinaikkan pangkat dan apakah kriteria yang diperlukan?
  • Selain itu, apakah manfaat yang saya boleh dapat sekiranya saya bekerja di syarikat ini?
Nota: Jangan abaikan kriteria yang dinyatakan oleh bakal majikan anda. Berusaha untuk sediakan apa yang diperlukan oleh majikan dan tunjukkan usaha anda kepada majikan dan anda akan mendapat gaji sepertimana yang anda idamkan sebelum ini.
Nota: Dengar dengan jelas apakah manfaat yang diperolehi dan pastikan kelebihan yang diberikan berbaloi untuk anda seperti potongan KWS, PERKESO, Bonus, Cuti Tahunan dan Elaun Pengangkutan contohnya.
PEKERJA BERPENGALAMAN
Contoh jawapan:
  • Untuk pengetahuan Tuan, saya berpengalaman dalam bidang Multimedia dan Grafik ini lebih dari 3 tahun. Gaji saya sekarang ini sebanyak RM3,000 sebulan. Saya juga berharap saya memperolehi gaji sebanyak RM4,000. Dengan skill dan pengalaman yang saya ada ini, saya akan memberikan komitmen yang terbaik kepada syarikat.

Keyword:

  • Bagi pekerja yang berpengalaman, apa yang perlu anda nyatakan adalah:

    a) Skill
    b) Pengalaman
    c) Bakat
    d) Pencapaian
    e) Sumbangan pada syarikat

  • Pastikan anda memohon jawatan yang betul, syarikat yang betul dan posisi yang betul sebelum anda membuat permohonan kerja nanti.

Rugi kalau anda tak mohon kerja dan jawatan yang betul walaupun mempunyai pelbagai jenis pengalaman serta kemahiran sebelum ini.

Lepas interview, macam mana nak buatkan HR dan bakal majikan ingat nama anda seterusnya offer kerja kepada anda?

Rujuk: Macam mana Nak Buat HR Ingat Nama Korang Selepas Interview & Terus Offer Kerja? Ikut 3 Tips Ini Ya!

Jangan lupa untuk terus berdoa setelah segala usaha anda lakukan. Share dengan kawan-kawan yang lain agar mereka pun tahu apa nak jawab dengan soalan-soalan yang ditanyakan oleh majikan.

Expected Salary, Macam Mana Nak Jawab Kalau HR Tanya Soalan Berkaitan Gaji Kepada Anda?

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.